Milikmu Kasih - Part 14




Sudah seminggu perkara Marissa bertemu dengan 'kekasih' baru Shahrul. Fauzie semakin risau melihat keadaan adiknya yang hanya memerapkan diri di dalam bilik dan hanya keluar untuk mengambil segelas air dan kemudian masuk semula dan memerap sehingga keesokan harinya. Boleh dikira bahawa Marissa hanya keluar dari bilik sekali, sehari. Matanya pula, semakin hari semakin bengkak. Mungkin kerana terlalu lama dan asyik menangis. Fauzie terpaksa meminta cuti dari kerja demi menjaga Marissa manakala Marissa sendiri, sudah diberhentikan kerha.


Kalau Fauzie sudah risau, Shahrul apatah lagi? Walaupun sudah dijelaskan duduk perkara yang sebenar, Marissa masih lagi tidak mahu berbicara dengannya mahupun Fauzie. Shahrul mahu ke rumah Marissa kerana malu dengan Fauzie dan yang paling dia tidak ingini jika Fauzie menyalahinya tentang keadaan Marissa sekarang. Marissa langsung tidak dapar dihubungi, lalu Shahrul hanya menghubungi Fauzie melalui telefon dan niatnya cuma satu, ingin mengetahui khabar Marissa.


 Pada suatu hari, kerana sudah tidak sanggup mendengar keadaan Marissa dari Fauzie, Shahrul datang ke rumahnya. Fauzie serta Farisha sudah buntu tidak tahu hendak buat apa kerana Marissa langsung tidak mahu membuka pintu apabila diketuk atau dipanggil.


"Sayang, buka pintu, sayang,"panggil Shahrul sambil mengetuk pintu bilik Marissa dengan kuat.


"Sayang, kalau you tak buka pintu ni, I akan pecahkan pintu ni. Sayang, you dengar tak?"Shahrul mencuba nasibnya dengan cuba mengugut Marissa.


Setelah itu, kedengaran orang menolak tombol pintu dari dalam. Marissa membuka pintu. Shahrul, Fauzie dan Farisha sebak melihat keadaan Marissa yang tidak teratur. Dengan rambutnya yang kusut masai, matanya yang bengkak dan mukanya pucat. Kelihatan Marissa seperti orang.


"You buat apa datang sini? You buat apa datang sini? Arrggghh!! You pergi dekat perempuan tu, buat apa cari I lagi? You keluar dari rumah ni! I tak nak tengok muka you lagi, pergiiiiiii!!!"ucap Marissa sambil menjerit-jerit. Dia seperti orang gila yang baru terlepas dari hospital sakit jiwa. Tidak cukup dengan menjerit, Marissa juga memukul-mukul dada Shahrul sambil menolaknya supaya keluar. Shahrul, Fauzie dan Farisha cuba menenangkan Marissa namun gagal sehinggalah Fauzie menampar Marissa dan dia pengsan.


"Aku rasa lebih baik kau balik dulu lah, bro. Marissa tengah tak stabil ni,"pinta Fauzie dan terus mengangkat Marissa ke atas katil. Shahrul memandang Marissa yang sudah pengsan akibat di tampar dengan perasaan hampa. Sampai macam gitu sekali ke Marissa menderita? Shahrul terus melangkah pergi, meninggalkan rumah Marissa.


Dua jam setelah Shahrul pulang, Marissa tersedar dari pengsannya. Farisha membantu Marissa membersihkan diri. Dia menyikat rambut Marissa. Benar-benar seperti seorang kakak yang membelai adiknya. Setelah Marissa siap makan disuap Fauzie, dia meminta Farisha untuk pulang kerana ingin memberitahu sesuatu kepada Fauzie.


"Adik nak bagitau Abang apa?"soal Fauzie setelah menghantar Farisha ke muka pintu. Mereka duduk di atas katil Marissa.


"Abang janji tak bagitau siapa-siapa termasuk Shahrul, ya?"suara Marissa masih lemah dan perlahan.


"Insya-ALLAH tapi Abang tak janji."


"Adik...adik...adik tak boleh nak cakap Abang. Adik takut Abang risau."ucap Marissa dengan tangisan yang berlagu.


"Adik.. Kenapa ni?"soal Fauzie cemas apabila melihat adiknya sudah mula menangis.


"Adik sakit radang hati Abang."beritahu Marissa dengan tangisan yang semakin lebat. Fauzie terpempan.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment