Milikmu Kasih - Part 1





"aku nak putus."

"putus? kenapa dengan you ni?"Hafiz terkejut.

"kau jangan nak buat-buat tak tahu lah Fiz. kau ingat aku bodoh? selama dua tahun kita tunang. aku pendam jer apa aku rase. ader kau peduli?"marah Marissa sudah membuak-buak.

"Marissa sayang......."

"jangan cakap sayang lah. aku dah tahu. siapa Fina? siapa Anis?"Marissa tidak kira. dia harus melontarkan segalanya malam ini.

"jadi you dah selalu lah spy i ni?"

"ofcos. sebab i tahu yang you ni memang tak bleyh trusted. tgk mcm skrng ni!"

"Marissa..you...."

"just till here, Hafiz!" setelah itu, Marissa terus melangkah pergi.

Marissa terus masuk ke dalam perut kereta di mana Fauzie sudah menantinya.

"dah putus?"soal Fauzie.

Marissa sekadar mengangguk sambil tersenyum. kereta sudah mula bergerak. tiba-tiba sahaja Hafiz muncul di tengah-tengah jalan raya. perbuatannya itu memaksa Fauzie menekan pedal brek dengan tiba-tiba dan agak mengejutkan.

"hey! kau dah gila ke? nak mati sangat, jangan bawak aku sekali!"dengus Marissa. Dia melontarkan kata-katanya tadi melalu tingkap cermin yang sempat diturunkan setelah memastikan Fauzie tidak ada-apa.

"Mar, kau kluar sekarang. cepat keluar!"Hafiz terus membuka pintu kereta dan menarik Marissa keluar dari kereta.

Marissa terpaksa keluar kereta kerana dia ditarik kasar oleh Hafiz. Fauzie pula cepat-cepat keluar apabila Marissa sudah mengerang kesakitan kerana ditarik kasar oleh Hafiz.

"Kau sengaja cari kesalahan aku untuk putus ke pasal jantan ni?!!"Hafiz sengaja menekan suaranya apabila dia menyebut perkataan 'jantan' sambil menundingkan jarinya ke dada Fauzie.

"Itulah kau! dah terlampau ambil berat sangat pasal aku kan? sampai abang aku pun kau tak kenal. dia ni, bakal abang ipar tak jadi kau! dia pun tak ingin ada adik ipar berperangai mcm kau ni!"Marissa geram. sesuka hati dia jer nak tuduhtuduh orang. Marissa lantas masuk ke dalam kereta. Fauzie merenug Hafiz tajam sebelum masuk ke dalam kereta.

'aku pun tak heran lah hilang perempuan macam kau. ada lagi banyak kat dalam simpanan aku ni. huh!'kata Hafiz dalam hati.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment