Ternyata, masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa sedar, minggu depan genap setahun Marissa dan Shahrul bersama, merangkap ke hari lahir Marissa yang ke-24. Hubungan Marissa dan abangnya sudah seperti dulu lagi. Hubungan Marissa dan Shahrul juga seperti tidak berkocak walaupun kadang-kala mereka saling berbeza pendapat.
Hari ini, Shahrul, Marissa, Fauzie serta Farisha berpakat untuk mengambil cuti. Cuti kerja! Mereka juga berpakat untuk pergi berkelah. Destinasi mereka adalah East Coast Park. Mereka ke sana dengan dua buah kereta walaupun hanya empat orang.
Setelah mendapatkan tempat yang sesuai dan mengeluarkan makanan yang dibawa, Shahrul membawa Marissa berjalan-jalan di gigi air laut. Mereka berpimpin tangan. Kadang-kadang mereka merenjiskan air ke satu sama lain.
"Babe, you tengok kat atas tu."beritahu Marissa. Shahrul yang meng-agak ada pelangi atau awan yang berbentuk luar biasa terus melihat ke atas.
Melihat Shahrul sudah melihat ke atas, Marissa menolak tubuh Shahrul dengan kuat dan Shahrul terjatuh ke dalam laut. Marissa ketawa berdekah-dekah. Shahrul sudah basah kuyup. Marissa sudah berjaya mengenakan Shahrul.
"You ni naughty lah, sayang."
"Mana ada? I tak sengaja tertolak. Hahaha."Marissa masih ketawa.
"Tolong tarik tangan I."pinta Shahrul.
Marissa memegang tangan Shahrul dan kemudian ingin menariknya. Ternyata, Shahrul juga ingin mengenakannya. Shahrul sebaliknya menarik tangan Marissa dan akhirnya Marissa juga basah kuyup kerana terjatuh juga ke dalam laut bersama-sama Shahrul.
"You pun naughty jugak! Dahlah, jom naik. Nanti I kesejukan."pinta Marissa pula.
Sehari suntuk mereka menghabiskan waktu di pantai East Coast. Marissa tidur di dalam kereta dalam perjalanan pulang. Tidurnya nyenyak sekali walaupun hanya sebentar. Sehingga Shahrul harus mengejutkannya untuk beberapa kali.
"Next week, kita keluar okay. Our one year anniversary!"Shahrul memperingatkan Marissa.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Ulang tahun Marissa serta ulang tahun Shahrul dan Marissa bersama. Awal-awal Shahrul sudah memberitahu Marissa untuk ke Causeway Point sendiri dan Shahrul akan menantinya di sana.
'Mungkin Shahrul ada surprise untuk aku!'bisik hati Marissa.
Marissa sampai ke Causeway Point tepat jam lima petang. Dia berjalan-jalan dahulu kerana Shahrul hanya memintanya untuk berjumpa jam lima setengah petang.
*****
Shahrul berada di salah sebuah kedai emas di Causeway Point. Dia ingin memberi Marissa seutas rantai. Sedang dia asyik membelek dan melihat rantai-rantai yang ada di situ, dia ditegur oleh seseorang.
"Hey Shahrul. We met again. Last I jumpa you kat Starbucks. Tuu pun sekejap jer. Would you like to join me for dinner?"Anis lagi. Si kacau daun.
"Oh, tak bolehlah Anis. Not today."tolak Shahrul sopan.
"Hmm, takpalah. You tengah buat apa ni?"
"I tengah cari perhiasan sikit untuk someone.."beritahu Shahrul.
"Mesti someone special kan? I boleh tolong."Anis meletak tangannya di bahu Shahrul. Sambil menolong, tangannya pun berjalan sama.
Marissa betul berada di luar kedai emas dimana Shahrul dan Anis sedang memilih rantai. Oleh kerana Shahrul duduk membelakangi pintu masuk kedai emas, Marissa tidak tahu bahawa itu Shahrul. Tetapi...
'Macam kenal jer lelaki tu. Macam Shahrul. Tengok rambut, kasut, rasanya macam confirm Shahrul.'
Marissa pura-pura masuk. Demi melihat lelaki itu bersama seorang perempuan seksi di sebelahnya.
"Shahrul!"jerit Marissa tidak percaya!
Shahrul terkejut dengan jetitan itu terus menoleh. Marissa! Dia menolak Anis yang menyandar ke tubuhnya.
Marissa cuba berlagak tenang,"Oh Shahrul, ini girlfriend baru you ya? Congratulations!"
Melihat Marissa yang sudah ingin meninggalkan kedai emas itu, Shahrul pantas menarik tangan Marissa. Marissa terus memberi penampar ke pipi Shahrul dan itu untuk pertama kalinya. Suasana kedai emas hening buat seketika.
"Hey, kenapa you tampar boyfriend I?"marah Anis.
"Ops, sorry, I tak sengaja."
Marissa terus keluar dari kedai emas dengan perasaan yang membara. Shahrul mengejarnya tetapi dia tidak hiraukan.
"I salah sebab percayakan you ke, Shahrul?"
0 comments:
Post a Comment