Malam itu hujan. Hujan lah pulak. Marissa mengenakan seluar jeans panjang dan blaus labuh dan jaket. Mereka hanya menaiki kereta Shahrul. Sebelum bergerak menuju ke destinasi, Shahrul sempat menaik ke rumah mereka yang terletak di tingkat 4. Hujan pula semakin mencurah-curah. Shahrul hanya mempunyai satu payung. Lantas dia menghantarkan Fauzie dahulu ke tempat duduk sebelah pemandu dan setelah itu, berbalik semula untuk mengambil Marissa.
Ketika giliran Marissa, Shahrul memeluk bahu Marissa agar Marissa dekat dengannya dan tidak terkena hujan. Marissa duduk di tempat duduk belakang. Dalam perjalanan ke destinasi, Marissa perasan bahawa Shahrul asyik menjelingnya melalui cermin kereta.
Mereka bertiga duduk di meja bulat di Starbucks.
'Eleh? Starbucks jer. Ingatkan makan berat-berat. Aku dahlah tengah lapar.'
Tiba-tiba Shahrul bersuara,"Okay jugak kau ajak aku datang sini bro. Aku pun dah lama tak makan kat sini."
'Aduhai! Abang aku yang ajak rupanya. Abang, nanti adik belasah abang!'
"Err, Marissa..Marissa.. MARISSA!"panggil Shahrul sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Marissa.
"Err, yes?"
"You nak apa?"
"Oh. Ice Cappuccino dengan oreo cheese cake."
Shahrul berlalu pergi ke kaunter dan memesan seperti yang diinginkan Marissa, Fauzie dan juga dirinya. Ketika Shahrul meletakkan dulang di atas meja, Marissa lihat cuma ada dua Cappuccino, secawan kopi dan sepotong oreo cheese cake.
'Alahai. Kalau macam gini, kat rumah pun aku boleh buat sendiri. Haiyomak!'
"Korang tak makan?"tanya Marissa.
Mereka hanya menggeleng.
'aku sorang jer makan? eesh, buat malu betul lah! tahu aku tak ikut.'
"Oh ya bro, minggu depan, Marissa birthday. Kita adalah buat party sikit. Datang ya?"pelawa Fauzie.
"Insya-ALLAH. pukul berapa?"soal Shahrul.
"Party dari pukul 1 sampai 5 petang. Tapi kalau kau nak datang, bila-bila pun boleh."jawab Fauzie.
"Oh. Lepas tu, malam you free kan?"soal Shahrul kepada Marissa pula.
"Huh? Free lah maybe."jawab Marissa acuh tak acuh. sebenarnya dia menggelabah setiap kali ditanya oleh... Shahrul.
"Malam tu nanti, I bawa you keluar ya? Bolehkan bro?"
"Aku tak kisah. Marissa pun aku rasa tak kisah."jawab Fauzie mewakili adiknya.
'Abang ni pandai-pandai betul lah.' rungut hati Marissa.
'Mungkin ini masanya.'hati Shahrul tersenyum.
0 comments:
Post a Comment