Milikmu Kasih - Part 15



Semakin hari, Marissa semakin pulih. Fauzie merawatnya dengan baik. Marissa bersyukur kerana dia masih sempat merasakan kasih sayang dari abang kesayangan. Marissa juga rela jika nyawanya diambil dalam masa terdekat ini dan dia harap, abangnya akan mengerti.


Marissa sedang berbaring di sofa apabila kedengaran ketukan di pintu. Dia mengerling ke jam yang terletak di dinding. Lima petang.


'Ni mesti Abang balik kerja. Tak bawa kunci lah tu,'rungut Marissa dalam hati.


Marissa terus membuka pintu tanpa melihat ke lubang kecil. Memang Fauzie pun! Fauzie terus meluru ke tandas dapur tanpa menegur Marissa. Marissa hanya menggeleng melihatnya dan ingin menutup pintu namun dia melihat Shahrul di depan pintu. Dia terus meninggalkan pintu yang terbuka dan ingin berjalan menuju ke biliknya. Shahrul terus menarik tangan Marissa, berharap dia akan berhenti. Marissa bergelut dengan Shahrul, meminta dirinya dilepaskan namun cengkaman Shahrul kian lebih kuat.


"Kenapa you tak cakap you sakit?"soalan Shahrul yang membuatkan Marissa terkejut. Di saat itu juga Fauzie keluar dari dapur.


"Abang dah janji dengan adik kan! Kenapa abang bagitau dia?!"soal Marissa kepada abangnya yang hanya diam membisu. Sambil dia tanya, dia memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut.


Marissa melihat Fauzie & Shahrul bergilir-gilir. Mula-mula satu, kemudian dua, kini menjadi tiga. Wajah Fauzie & Shahrul ada banyak. Seterusnya, Marissa tidak sedarkan apa-apa lagi.


Marissa tersedar sekitar jam lapan malam. Sepertinya, dia berada di hospital. Dia lihat di sebelah kiri, Shahrul sedang duduk di atas kerusi sambil merenungnya. Di sebelah kanan pula, Fauzie dan Farisha berdiri.


"Abang..."panggil Marissa perlahan tetapi masih dapat didengar oleh mereka bertiga kerana bilik hospital yang senyap.


"Adik jangan banyak cakap, ya."


"Adik tak nak dia ada di bilik ni."beritahu Marissa sambil menunding kepada Shahrul tetapi tidak sedikit pun memandang jejaka itu.


Fauzie mendekati Shahrul dan membawa jejaka itu keluar dari bilik. Shahrul hanya menurut. Segalanya demi Marissa. Di luar, Shahrul mengajak Fauzie untuk menemui doktor yang merawat Marissa.


"Tak ada peluang untuk adik saya sembuh ke doktor?"soal Fauzie kepada doktor yang merawat Marissa, Doktor Hamdan.


"Hanya ada satu cara. Permindahan hati. Itu pun jika pihak hospital berjaya mendapatkan hati yang sesuai untuk Cik Marissa. Harapan dia tipis..."beritahu Doktor Hamdan.


"Saya boleh dermakan hati saya Doktor."celah Shahrul dengan pantas.


"Kau gila ke bro?"soal Fauzie kepada Shahrul terkejut. Tidak disangka Shahrul akan menyatakan itu.


"Demi Marissa bro, aku sanggup!"


"Baguslah. Kalau Encik nak dermakan hati Encik pada Cik Marissa, lepas ni ikut saya, kita buat pemeriksaan sama ada hati Encik sesuai ataupun tidak untuk Cik Marissa."


Seminggu kemudian...


"Kami dah dapatkan penderma yang sesuai untuk Cik Marissa."beritahu Doktor Hamdan. Ketika itu, dia berada di bilik dimana Marissa ditempatkan bersama-sama dengan Fauzie dan Farisha. Waktu itu Fauzie sedang menyuap Marissa bubur ayam. Mata Marissa bersinar-sinar. Siapa yang tidak mahu sembuh? Dia hanya tawakal.


"Siapa?"soal Fauzie.


"Encik Shahrul. Saya tinggal dahulu ya."


Marissa terpempan. Shahrul?! Macam tak percaya. Dia merenung Fauzie, meminta kepastian. Fauzie hanya menangkat bahu.


"Shahrul kat mana Abang?"soal Marissa. Dia benar-benar tak percaya.


"Shahrul ada kat luar. Hari-hari dia tunggu adik kat luar."jawapan yang membuat Marissa sebak.


"Adik nak jumpa dia..."


Fauzie dan Farisha keluar untuk memanggil Shahrul sekaligus ingin memberi peluang pada Shahrul dan Marissa untuk berbicara dari hati ke hati,


"Bro, Marissa nak jumpa kau. Thanks sebab sanggup dermakan hati kau untuk Marissa."beritahu Fauzie. Shahrul yang terlalu gembira dengan berita Marissa ingin menemuinya, terus meluru masuk ke dalam bilik.


Ketika masuk ke dalam bilik, Shahrul melihat Marissa terkial-kial ingin mengambil air di atas meja sebelahnya. Shahrul lekas-lekas menolongnya.


"You nak minum?"


"Hmmmm.."


"You nak jumpa I?"soal Shahrul apabila diantara dirinya dan Marissa hanya diselubungi dengan kesenyapan.


"Ermm , I rasa, tak payahlah you nak dermakan hati you pada I.."


"Marissa, listen, I sayang you. You're everything to me dan hati I, hanya milik you."


"Tapi I tak...."


"Tak ada tapi lagi okay, sayang. You akan sembuh !"
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment