"Bottle Tree? Kita buat apa datang sini?"Marissa terkejut apabila dia tiba di situ.
"Dinner lah."jawab Shahrul ringkas. Di dalam hatinya, 'aduhai. tak sabarnya..'
"Tapi kan dah malam. Lagipun, tak best lah. Tengok lah, sana sini pokok. Takutlah."Marissa mengadu ketidak puas hatinya.
"Marissa...everything is under control. Lagipun, I kan ada kalau you takut. I ni pun, bukannya besar sangat kalau you nak peluk."gurau Shahrul.
Marissa mencubit lembut lengan Shahrul. Tapi akhirnya dia ketawa juga. Mereka beriringan masuk dan duduk di tempat yang telah Shahrul tempah. Baru sahaja melabuhkan punggung, makanan pun tiba.
'Memang dasar tak gentleman betul mamat ni. main order jer. Nasib baik aku suka Fish 'N' Chips. kalau tak, fuhh, memang nasib.'rungut hari Marissa.
"Sorry kalau you tak suka makanan ni. Sebab I tak nak buang waktu. Jadi I just order. Kalau you tak suka, we go other places?"tanya Shahrul ragu.
Mulut kata lain, hati kata lain, 'Janganlah rosak plan aku!'
"No it's okay. I'm fine here.'
Shahrul tersenyum mendengar jawapan Marissa. Dua puluh minit kemudian, baru mereka selesai makan. Shahrul segera memanggil pelayan supaya mengambil pinggan kotor. Setelah meja dibersihkan. tiba-tiba dengan serta-merta, lampu terpadam.
Walaupun gelap-gelita, Marissa masih dapat melihat wajah Shahrul. lantas tangan lelaki itu dipegang agar hilang sedikit rasa takutnya kerana dia sememangnya seorang penakut. Tiba-tiba pula kedengaran suara orang menyanyikan lagu 'Happy Birthday'. Marissa menoleh dan kelihatan beberapa orang pelayan membawa sebiji kek sambil menyanyikan untuknya. Dia terharu.
Pelayan-pelayan tadi beredar setelah lagu tamat dinyanyikan. Lampu sudah pun dinyalakan. Kek pula, diletakkan betul-betul dihadapan Marissa. Marissa meneliti kek yang kini berada di hadapannya. Pelik! Ada ucapan 'I Love You' dan sebentuk cincin yang diletak di atas kek itu.
Marissa mendongak. Melihat Shahrul sambil menaik-naikkan keningnya. Shahrul hanya tersenyum lebar.
'Ya ALLAH. Biar betul ni? Shahrul, kau jangan main-main.'
"Happy Birthday Sweetheart."
"Shahrul, seriously. I don't understand."
"I know you do."jawab Shahrul sambil tersenyum.
"No, I don't."Marissa masih berpura-pura.
"Yes you do."Shahrul masih bermain.
"Shahrul!"Marissa meninggikan suaranya.
"Okay okay, relax. I know you understand what's going on here and i'm serious. You nak...."
"Hahaha Shahrul. I know you're just kidding."ucap Marissa dengan suara yang dibuat-buat.
Shahrul lantas menanggalkan cincin itu dari kek hari jadi Marissa dan melutut di depannya.
"I Love You! Would like to be mine?"kali ini Shahrul menyatakannya dengan muka yang serious supaya Marissa percaya.
'Ya ALLAH, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Terima kasih, Ya ALLAH.'
Marissa terharu. Kolam matanya hangat dengan airmata dan kemudian dia mengangguk. Shahrul berasa sungguh besar hati dan dengan semangatnya, dia menyarungkan cincin itu di jari manis Marissa.
"i love you too."
0 comments:
Post a Comment