Milikmu Kasih - Part 3





Malam tu, selepas membersihkan diri, Marissa merenung gambar keluarganya yang tergantung di dinding. Marissa berasa sedih. Semuanya kerana Shahrul yang tiba-tiba bertanyakan tentang arwah Ibunya. tapi tidak boleh disalahkan. lelaki itu tidak tahu apa-apa.

Ayah Marissa meninggal dunia sewaktu Marissa dan Fauzie masih kecil akibat kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, Ibunya pula meninggal kerana sakit jantung tiba-tiba apabila Marissa memutuskan untuk memutuskan pertunangannya dengan Hafiz. Marissa serba-salah. Semuanya kerana dia. Tapi kalau dia tidak bersuara, pasti hidup rumah tangganya tidak akan aman. 'Maafkan Rissa, Ibu.'

Sedang asyik dia mengelamun, tiba-tiba dia menerima pesanan ringkas dari....

"Shahrul?"Marissa terkejut.

Pesanan ringkas mereka berbunyi :

     'Hi. You dah tidur?'

     'Hi. I belum tidur lagi. Tengah tunggu Abg Fauzie balik.'

     ' Abg you belum balik? Tak takut ke kat rumah sorang-sorang?'

"caring jugak mamat ni." bisik hati Marissa ^^

     'Belum. Takpa, I dah biasa.'

    'Hmm, kalau I tahu, I tak hantar you balik siang-siang. Next time kalau you alone kat rumah, tell me alright? Nanti I bawa you keluar. :)'

"Eheh mamat ni. Berbual macam dah lama kenal."Marissa tersenyum sambil merenung telefon bimbitnya.

"Oi! Senyum sorang macam kambing. Apasal?"Fauzie menyapa. entah bila Fauzie pulang dan memerhatikan dirinya.

"Apa oi? Kambing mana tahu senyum."

"Dah adik tersenyum-senyum sumbing macam tu. Apasal? ceritalah.."

"Tak ada apa-apalah. Abang ni kepo lah. Shahrul ada tinggalkan nombor dia. Ada kat atas meja solek abang. Kak Farisha nak apa?"

"Okay. Nanti abang tengok. Kak Farisha? Adalah. Sibuk jer. So, how was your first date with Shahrul."sakat Fauzie.

"Abang jahat. Dah keluar bilik, keluar. Adik nak tidur."Marissa menolak-nolak tubuh Fauzie.

Fauzie keluar dari bilik Marissa sambil ketawa. HAHAHA !

     'sorry for the late reply. abg I dah balik. so, Good Night.'

     'Good Night, sweet dreams.'
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment