Shahrul membawa Marissa makan ke Restoran Ala Barat Fish N Co di Tampines Mall. Setelah mendapat tempat duduk yang sesuai, mereka mula membelek-belek menu.
Tiba-tiba Shahrul bersuara,"Alamak Sayang, I nak pergi toilet kejap kay. Nanti kita order sama-sama ya."
Marissa hanya mengangguk dan menghantar Shahrul ke luar restoran dengan ekorang mata sahaja.
Shahrul berjalan menuju ke tandas lelaki yang terdekat tapi malangnya, terdapat tanda di situ yang menyatakan bahawa tandas itu sedang diubah suai. Terpaksalah Shahrul turun ke tingkat bawah. Sepuluh minit kemudian, Shahrul sudah menyelesaikan hajatnya dan ingin menuju semula ke Fish N Co.
"Hey Shahrul.. Remember me?"sapa satu suara dari arah belakang Shahrul.
"Eh, you, Anis."jawab Shahrul dengan suara yang amat gembira. Mungkin kerana amat teruja berjumpa dengan 'teman lama'.
"Ingat pun. You nak pergi minum ke, makan? Boleh borak lama sikit."pelawa Anis.
"Sure, sure."Shahrul terlupa bahawa dia tidak bersendirian ke Tampines Mall itu dan terus bersetuju dengan pelawaan Anis.
Marissa gelisah. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Shahrul. Takkan begini lamanya ke tandas? Rasa bersalah mula bertandang apabila mendapati ada beberapa pelanggan yang masuk ke dalam restoran itu memandangnya. Mungkin berasa agak cuak kerana Marissa hanya duduk dan tidak memesan apa-apa. Lalu, Marissa mengambil keputusan untuk meninggalkan restoran tersebut.
Marissa berdiri di luar tandas lelaki. Ada pula yang memandang dengan pandangan kurang elok. Marissa buntu. Cari Shahrul dimana ya. Telefon! Aduhai! Sekarang juga bateri telefon hendak habis. Marissa mengambil keputusan untuk pulang. Mungkin Shahrul ada hal? Marissa berjalan, berjalan dan berjalan.. Tiba-tiba dia berhenti. Matanya terpaku pada
Shahrul dengan siapa? Hati Marissa terasa panas. Apatah lagi melihat Shahrul kelihatan mesra dengan perempuan itu. Dengan hati yang seperti dicarik-carik, Marissa meningalkan Tampines Mall itu. Dia pulang dengan menaiki MRT(kereta-api).
Marissa tiba di hadapan pintu rumahnya. Dia menarik nafas panjang dan mula menceriakan wajahnya. Dia tidak mahu Fauzie mengesan kemarahan atau kesedihannya. Marissa masuk ke dalam rumah dan Fauzie kelihatan terkejut melihat kepulangannya.
"Cepatnya balik? Shahrul mana? Tak hantar sampai naik atas?"soal Fauzie.
"Habis tu nak balik berapa lambat? Shahrul hantar sampai kat bawah aje. Dia ada hal. Entah apa."jawab Marissa dan kemudian menghilangkan diri ke dapur. Dia keluar semula bersama sebiji apple dan keropok Chachos.
"Aik? Kan baru balik dinner, sekarang ni nak makan lagi?"soal Fauzie lagi.
"Adik punya pasal lah,"Marissa rimas asyik disoal, lantas jawapan yang diberikan kasar kepasa Abangnya.
"Adik ni kenapa? Orang tanya lepas tu nak tekan minyak?"marah Fauzie pula.
"Takda apa-apalah abang. Adik penat, adik nak rest. Sorry, okay."Marissa yang tadinya ingin masuk ke dalam bilik terus ke abangnya yang berada di sofa. Menyalami tangannya dan terus masuk ke dalam bilik. Begitulah cara Marissa meminta maaf kepada abangnya.
Di dalam bilik, Marissa merintih. Kerana marah dengan Shahrul, dia telah memarahi abangnya.
'Maafkan adik abang!'
Marissa segera memasang charger telefon dan menghidupkan telefon bimbitnya. Setelah itu, dia menghantar pesanan ringkas ke Shahrul.
'I dah balik. You might as well enjoy your meals with others.'
Shahrul sedang bergelak ketawa bersama Anis ketika dia menerima pesanan ringkas itu. Dan ketika itu juga, dia menepuk dahinya.
"Sorry Anis, I nak kena balik sekarang."
"Shahrul... You hantar I balik dulu lah."Anis memegang tangan Shahrul apabila melihat jejaka itu sudah mahu meninggalkannya.
Shahrul melurutkan tangan Anis dari lengannya dan terus meninggalkannya. Dia menuju ke Restoran Fish N Co. Sudah tutup. Dia tidak sedar bahawa dia berborak bersama Anis sampai dua jam dan terlupa bahawa dia ke Mall itu bersama Marissa.
Tanpa berlengah lagi, dia ke tempat parking kereta dan keretanya menuju laju ke rumah Marissa. Di dalam kereta, banyak kali juga dia menelefon Marissa. Untuk kali pertama, dibiarkan sahaja tidak berjawab. Kedua, Marissa mematikan talian dan ketiga dia terus menutup telefon bimbitnya.
"I'm sorry Marissa."
0 comments:
Post a Comment