Milikmu Kasih - Part 8



Marissa tidak sangka bahawa Shahrul juga meminati dirinya. Tanpa sedar, kini sudah dua bulan mereka bersama sebagai sepasang kekasih. Walaupun baru sebulan, mereka kelihatan seperti pasangan yang sudah lama bahagia. Fauzie sudah terang-terang menyetujui  dan merestui hubungan mereka.


Marissa sedang bersiap ketika dia menerima telefon dari Shahrul.


"Hello, babe."


"Hello sayang, I dah kat bawah blok you ni. Nak I naik ke tunggu kat bawah jer?"


"Naiklah dulu. Jumpa abang. Lagipun I tengah siap."


"Okeylah."


Tak sampai sepuluh sepuluh minit, Shahrul sudah tercegat di depan pintu rumahnya. Marissa keluar dan membuka pintu setelah menjawab salam.


"Kata tengah siap?"


"Baru habis siap lah ni. Jumpa abang dulu."ucap Marissa sambil tersengih.


"Naughty!"balas Shahrul sambil mencuit hidung Marissa.


"I bilang abang I. Abaaaaang!!"jerit Marissa.


Shahrul hanya ketawa mendengar jeritan Marissa. Fauzie yang mendengar jeritan itu terus keluar ke ruang tamu.


"Eh, bro. Bila sampai?"soal Fauzie ramah apabila mendapati bahawa Shahrul juga berada di situ. Mereka bersalaman.


"Baru jer. Aku nak bawa ehem-ehem keluar."jawab Shahrul dan kemudian melirik kepada Marissa apabila perkataan 'ehem-ehem' lahir dari mulutnya.


"Hahaha! Bawalah. Tak kisah pun."


"You.. Dah? Nak jalan sekarang?"soal Shahrul pada Marissa pula.


"Ermmm dah. Kejap eh, I ambil beg."Marissa terus masuk ke dalam bilik dan mendapatkan beg tangannya. Setelah itu, dia menghampiri Abang Fauzie-nya dan menyalaminya. Setelah itu, spontan dia mencium pipi abangnya.


"ByeBye."ucap Marissa sambil tersenyum.


"Adik manja!"balas Fauzie sambil mengusap rambut Marissa kasar.


Marissa memasam muka apabila rambutnya jadi berantakan namun tidak bersuara. Dia terus menarik tangan Shahrul dan keluar rumah.


"Sayang....."panggil Fauzie ketika mereka berada di dalam lif menuju ke tingkat bawah. Kebetulan, tiada orang lain yang berada di dalam lif itu.


"Hmmm?"

"Nak ni.."pinta Shahrul sambil menunjukkan ke pipinya, minta dicium sepertimana Marissa melakukan kepada Fauzie.



Sambil keluar dari lif, Marissa membalas dengan menunjukkan penumbuk.


"Eleh, you ni tak romantik lah. Kita punya second month, I tak dapat kiss dari you."adu Shahrul.


"I tak romantik? You pun sama. Tengok, second month, tak bawakan I bunga macam last month."adu Marissa pula.


"Tak nak kiss sudah. Nak ungkit-ungkit pula. Takkan every month you nak bunga jer? Nantilah lepas makan I bagi."


Marissa mematikan diri. Menunjukkan seolah-olah dia merajuk walaupun tidak. Hatinya ingin mengusik Shahrul. Supaya Shahrul memujuknya.


"Betul ni, nak sekarang? Nanti you cakap, I tak romantic pula."


"Nak bagi, bagilah. Tak nak, I pun tak nak."


"Okaylah. I bagi dalam kereta."


Shahrul memimpin tangan Marissa masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, Shahrul menarik tangan Marissa yang terdapat cincin pemberiannya sewaktu hari lahir Marissa sebagai tanda melamar Marissa. Cincin itu dibuka.


"Sayang, you can keep this ring."ucap Shahrul sambil menanggalkannya.


"Kenapa?"Marissa terpempan.


"Cause I've bought you a new ring."jawab Shahrul sambil tersenyum nakal. Dia sengaja ingin mengenakan Marissa.


"Babe, you buat I suspend jer. You'll get yours later okay? Tertinggal kat rumah."


"You ni. I pulalah nak merajuk."Shahrul memalingkan muka.


Marissa tersenyum. Perlahan-lahan dia mendekati pipi Shahrul dan menghadiahkan sebuah ciuman. Spontan Shahrul menoleh.


"You ni naughty lah."


"Dah dapat kan? Dahlah, jom! I dah lapar."


Shahrul tersenyum dan terus menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment