Cinta Dan Ego - Part 9



"Assalamualaikum...."

"Waalaikumsalam. Eh Lydia, cepat balik. Katanya esok baru balik? Baru pergi tadi petang, malam dah balik? Kamal mana? Dia tak hantar Lydia balik ke?"Puan Lisa menjawab salam dan terus bertanya bertalu-talu.

'Mesti nak kena tanya pasal Kamal! Kalau tak tanya, tak boleh ke? Menyampah.. .!'gerutu hati Lydia.

Dia tidak menjawab satu pun pertanyaan Mamanya dan terus menghilangkan diri ke dalam bilik.

"Aik? Cepatnya Lydia balik? Mama kata Lydia pergi Pulau Ubin tadi,"soal Lisda pula.

"Takda mood!" Soalan Lisda, Lydia tiada masalah untuk menjawabnya. Tetapi soalan Mamanya, dibiarkan lalu sahaja. Kerana Lydia tahu bahawa Mamanya akan menyalahkannya dan membela Kamal.

"Kenapa pulak ni? Haaah!! Lisda tahu, Lydia gaduh dengan Kamal kan?"

"Dah tahu, buat apa tanya?"Lydia geram.

"Relaks lah. Apa dah jadi?"soal Lisda serius kerana tidak mahu membangkitkan marah adiknya.

"Tak mau ceritalah. Buat sakit hati!"sejurus selepas menghabiskan ayatnya, Lydia merebahkan diri ke atas katil dan menutup mukanya dengan bantal dan terlena.

2 jam kemudian...
Lydia terjaga. Lisda dilihat sedang leka membaca novel. Kemudian dicapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Ada beberapa 'missed call' tetapi Lydia hanya membiarkan sahaja.Lydia keluar dari bilik untuk mendapatkan segelas air. Tekaknya teringin dibasahkan. Perutnya juga minta diisi. Tiada sesiapa di ruang tamu. Pastinya sudah masuk tidur.

Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu rumahnya. Perlahan-lahan Lydia melangkah ke arah pintu dan membukanya.

"Haah?! Kamal?!"Lydia kaget.

"Assalamualaikum!"Kamal memberi salam sambil tersenyum.

"You buat apa datang sini hah? Kan dah malam! Tak tahu ke orang nak tidur? Sibuk jer!"

"Tak baik tau tak jawab salam,"Kamal masih tersenyum sumbing melihat Lydia yang marah-marah melihatnya.

"Waalaikumsalam...dan sekarang you boleh balik. Bye!"Lydia menjawab salam dengan cara terpaksa dan ingin menutup pintu semula tetapi Kamal segera menghalang.

Kamal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan memberikannya kepada Lydia.

"Panadol?"soal Lydia hairan apabila Kamal memberinya panadol.

"Ya. Mesti pening kan layan sikap I?"

"Oh Kamal!! Nasib baik you tahu. Okay, sekarang I nak tidur, you boleh balik!"Lydia menyindir Kamal.



"Eh, taknak ajak I masuk ke?"Kamal menyoal.

"Taknak!"jawab Lydia tegas dan terus menutup pintu sebelum Kamal sempat menghalangnya lagi.

Setelah mendapatkan segelas air, Lydia kembali ke dalam kamar tidurnya. Terdapat satu pesanan ringkas yang masuk di telefon bimbitnya.

'Besok, makan breakfast dengan I (:'

"Hish! Apa sajalah si gila ni!"rungut Lydia.

"Siapa pulak yang gila ni Cik Lydia oii?"soal Lisda.

"Takda apa-apalah!"

*****

Tepat jam 8 pagi, Kamal sudah datang menjemput Lydia untuk sarapan bersama. Mereka sarapan bersama di restoran Long John Silver.

"Kalau hari-hari I belanja you makan kat sini, boleh gemuk you ni,"gurau Kamal.

"I tak suruh pun you belanja makan kat sini."sindir Lydia.

"Eleh... Rezeki dah ada kat depan mata, nak pura-pura merajuk konon. Dahlah, makan cepat,"arah Kamal.

Lydia makan juga. Tiba-tiba, matanya terpanah pada seseorang yang sedang beratur untuk memesan makanan. Orang itu bersendirian. Otak Lydia memikir sama ada untuk menegur orang itu atau tidak. Akhirnya, dia pergi juga untuk menegur.

"Hello!"sapa Lydia.

"Eh, Hi. You pun nak breakfast ke?"soal Danish.

"I tengah breakfast dengan Kamal kat situ,"jawab Lydia sambil menudingkan jarinya ke tempat dia dan Kamal duduk, "Come and join us."

"Eh, tak ganggu ke? You kan dengan boyfriend."

"Tak apalah. Kamal tak kisah. Jom!"Lydia menarik lengan Danish agar mengikutnya.

Danish bersalaman dengan Kamal sebelum mengambil tempat di sebelah Lydia. Lydia perasan muka Kamal berubah setelah melihat Danish tetapi Lydia tidak ambil peduli.

"Eh Danish, you share dengan I lah roti ni. I makan satu jer dah cukup sebab roti dia tebal sangat,"pelawa Lydia.

"Eh, tak apa ke ni?"soal Danish , meminta kepastian.

"Betullah. Makan jer."

Kamal sudah menghabiskan makananya sementara Lydia dan Danish masih berkongsi makanan mereka yang belum selesai lagi.

"Errmmm, Danish, nanti I balik dengan you boleh? Kamal, dia ada kerja. Kan Kamal kan?"Lydia membuka mulut.

Kamal mengiakan sahaja walaupun hatinya terasa sakit. Lydia dihantar pulang oleh Danish. Ketika ingin pulang, Lydia tidak berkata apapun kepada Kamal. Dia berpaut pada lengan Danish dan terus meninggalkan Kamal.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 8.2


"You buat apa kat sini?"soal Kamal agak tenang.


"I tengah......errr... tengah tidurlah,"tergagap-gagap Lydia menjawab. Terasa kelakar dengan jawapannya. Tidur? Di pondok? Hahaha! Apa yang kelakar sangat pun dia tak tahu.


"Dengan dia?"soal Kamal lagi.


"Haah? Mana ada?"


"You ni memang suka nak berdalih kan? Best sangat lah tu tidur dengan dia berdua-duaan lagi. Yelah, kat sini kan sunyi, jadi takda orang ganggu,"tempias Kamal.


"Eh, you ni dah kenapa? Kenapa nak kena tuduh I yang bukan-bukan? Razi, kawan baik kau ni dah kenapa? Datang tak bagi salam, tahu-tahu nak tuduh aku yang bukan-bukan!"


Razi hanya diam. Begitu juga dengan yang lainnya. Tiada yang dapat menggambarkan ekspresi muka mereka. Hanya kelihatan Sheila yang sesekali cuba menyembunyikan senyuman sinisnya.


"Assalamualaikum Cik Lydia Aryan. I nampak dengan mata kepala I tau. You dengan Roslan tidur together,"Kamal sengaja mendahulukan dengan ucapan salam.


"I tak tidur dengan Roslan lah. Kenapa dengan you ni? Gila ke? Argh!!!"


"I tak buta lah. Jangan ingat I bodoh. I nampak, yang lain pun nampak,"Kamal masih menyalahkan Lydia.


"Suka hati you lah nak fikir apapun. I seorang aja yang salah dan jahat kan? Bagi you, you seorang jer yang betul. Sudahlah, I dah malas nak bertekak you. I nak balik!"Lydia mengangkut begnya dan ingin beredar,"Roslan, I rasa you pun kena balik. Kalau tidak nanti ada aja orang yang tak puas hati dengan kehadiran you....dan you Kamal, enjoy your trip here with the rest especially Sheila. Bye!"


Lydia berjalan pergi meninggalkan rakan-rakannya yang lain. Tidak lama kemudian, Roslan juga turut ikut jejak Lydia. Kelihatan Iffah membisikkan sesuatu kepada Razi sebelum pergi berlari mengejar Lydia.


Razi menepuk bahu Kamal,"Dah puas?"


"Puas apa??"Kamal meninggikan suara.


"Aku tak tahulah apa yang ada kat dalam kepala otak kau,"ucap Razi sambil mengeluh.


"Kau memang takkan faham! Kau tak ada girlfriend yang ber-perangai macam Lydia. Iffah kan baik,"suara Kamal masih tinggi.


"So sekarang ni kau nak beritahu aku yang Lydia ni jahat lah? Sebelum kau nak nilai Lydia, baik buruk dia, kau tengok diri kau sendiri. Girlfriend depan mata tetapi berkepit dengan perempuan lain. Baik sangatkan perangai macam tu?"Razi menyindir Kamal. Suaranya juga sengaja ditinggikan agar setanding dengan Kamal. Ditekankan perkataan 'perempuan' agar Kamal dan Sheila sama-sama terasa.


Setelah itu Razi juga berjalan pergi meninggalkan Kamal. Diikuti juga dengan Farhan, Nurul, Aniq dan Qistina. Di jeti, mereka bertemu semula dengan Lydia, Iffah dan Roslan.


Ketika menunggu bot, mereka terpandang Kamal dan Sheila sedang menghampiri mereka. Masing-masing diam.Bot tiba dan mereka semua ditempatkan di dalam satu bot.


Mereka selamat tiba di jeti Changi lima belas minit kemudian. Kamal dan Lydia masih tidak berteguran.


Setelah Lydia bersalaman dengan kawan-kawan perempuannya yang lain, dia terus menahan teksi untuk pulang. Akan tebal mukanya jika dia meminta Kamal menghantarnya pulang. Mereka baru sahaja bertengkar dan belum berbaik semula.


"Sheila, I hantar you balik. Tak payah balik dengan Roslan,"beritahu Kamal.


"Seriously? Okay!"dengan pantas Sheila ingin menaiki motosikal Kamal tetapi dihalang oleh Farhan.


"Sheila, kau balik dengan Roslan sajalah. Atau balik sendiri. Aku ada hal nak bincang dengan Kamal,"Farhan mengarah Sheila.


"Alah... Tadikan Kamal kata I........yalah yalah, I balik seorang."Mulanya dia ingin membantah. Tetapi setelah terpana oleh jelingan Kamal, dia pergi juga.


"Lydia kau tak pelawa pun nak hantar balik. Sheila boleh pula?"sinis kata-kata Farhan.


"Motor aku, suka hati aku kan?"


"Han, kan aku dah bagi tau kau! Jangan nak nasihat kan dia. Kepala dia ni, dibuat dari batu. Semua orang tetap salah kat mata dia. Hanya dia seorang jer yang betul. Sebab seorang perempuan bernama Sheila, dia boleh buat kita, kawan-kawan sebagai musuh!"Razi masih mengenakan Kamal.


"Eh, sekarang apa yang kau tak puas hati dengan aku? Lydia tu siapa kau sampai kau nak sebelahkan dia lebih-lebih?"Kamal turun dari motosikal dan mendekati Razi.Mereka kini bertentangan. Mata mereka bertemu dengan rasa marah yang terbuku di hati.


"Huh!? Jangan-jangan kau ada hati dekat Lydia? Sebab tu kau sengaja nak cari salah aku."Kamal membuat andaian.


"Kamal, aku dah ada Iffah. Dan aku bukan macam kau yang tak cukup dengan satu!"Razi sengaja meninggikan suaranya untuk ayat yang terakhir sehingga mencetuskan kemarahan yang membuak di hati Kamal.


Kamal menghadiahkan satu tumbukan di bibir Razi dengan tiba-tiba. Razi tidak dapat mengelak. Dia terjatuh ke tepi. Tetapi Razi tidak mengalah. Dia bangun dan membalas tumbukan Kamal yang terkena tepat di mata kiri Kamal. Mereka ingin saling membalas. Tidak menghiraukan orang ramai yang sudah memerhatikan mereka. Farhan dan Aniq sedaya upaya meredakan kemarahan rakan-rakan mereka.


Sedang mereka bergelut, Iffah yang dari tadi berdiri jauh dari tempat mereka bertengkar, menghampiri Razi dan Kamal. Dia berdiri di tengah dan menghadap Kamal.


"Kalau kau nak pukul sangat, pukul aku saja. Aku yang suruh Razi bela Lydia. Jadi kau tak perlu salahkan Razi. Razi tak pernah nak cari salah kau. Sebabnya, memang kau yang bersalah. Lydia, ada dekat depan mata kau tau Kamal dan kau masih boleh nak berkepit dengan Sheila! Kalau kau dah tak suka dia, dah tak sayang dia, lepaskan dia. Jangan buat dia macam gini. Dia sangat-sangat tak suka! Kawan-kawan dia tak suka!"sejurus selepas Iffah menghamburkan marahnya ke Kamal, mereka semua beredar meninggalkan Kamal termanggu-manggu.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 8.1


Petang Jumaat itu, Lydia sibuk mempersiapkan beberapa barangan yang perlu dibawa ke Pulau Ubin untuk perkhemahan mereka sekawan. Mama dan Papanya membenarkan asalkan ada Kamal yang menjaganya. Kadang-kala Lydia berasa iri kerana Mama dan Papanya lebih mempercayakan Kamal dari dirinya.


Kamal dan Lydia tiba di jeti Changi jam 6.30 petang. Di situ, rakan-rakan mereka sudah pun menanti.


"Semua dah ada kan? Okay, jom turun bawah,"arah Razi.


"Eh, sekejap. Tunggu Sheila," laung Kamal.


"Sheila pun ikut?"soal Lydia.


"Ya. Sheila dan Roslan,"jawab Kamal.


"Kau tak beritahu pun yang mereka pun join kita."Aniq pula bersuara dengan intonasi yang serius.


"Yeke? Oh, aku terlupalah. Kau orang tak kisahkan?"


"Hmmmm,"semuanya bertindak begitu. Mengiakan tidak. Menidakkan pun tidak. Lydia hanya diam membisu.


"Haah, itupun mereka dah sampai," teriak Kamal apabila melihat Sheila dan Roslan tiba dengan sebuah motosikal.


"Kita orang tunggu dekat bawah. Cakap dengan dia orang, jangan nak terhegeh-hegeh jalan. Kita, takda masa nak tunggu,"cara Razi bercakap, benar-benar menunjukkan bahawa dia tidak suka akan kehadiran Sheila dan Roslan.


"Mari Lydia, kita tunggu dekat bawah," panggil Iffah. Lydia hanya menurut.


*****


Mereka ke Pulau Ubin dengan menaiki 'bumboat'. Tidak sampai sepuluh minit, mereka sudah tiba di gerbang Pulau Ubin.


Hari sudah semakin gelap. Mereka masih perlu berjalan untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk membangunkan khemah mereka. Mereka semua berjalan ke hadapan, meninggalkan Lydia dan Roslan di belakang. Sheila siang-siang lagi sudah asyik mengikuti Kamal. Tidak memberi peluang langsung untuk Lydia mendekati Kamal.


Lydia berhenti berjalan sambil mengeluh, "Penatnya...."


"You okey ke?"soal Roslan.


"Kita rehat lima minit kejap boleh? Dia orang pun dah jauh sangat kat depan tu. Tak larat i nak mengejarnya. Nanti kita call ke sms aja dia orang. Kat sini ada reception kan?"Lydia berkata dengan masih berselang-seli dengan keluhan kecil.


"Memang ada reception. Tapi i takut tak clear sebab kita dah dekat dalam kawasan hutan ni,"jelas Roslan.


"Takpalah. Batang hidung dia orang pun dah tak nampak. I nak rehat dulu."


Mereka berehat di salah satu pondok yang terdapat di situ. Lydia terlelap buat seketika dan Roslan hanya memerhatikannya sambil berbisik di dalam hati,'Kata nak rehat lima minit. Kalau dah tertidur, boleh ke sambung jalan dalam masa lima minit? Gila!!'


*****


"Kamal, Lydia mana ya?"soal Razi.
"Tadi dia ada dekat belakang. Sekarang dah tak ada,"sambungnya lagi.


"Roslan pun tak ada,"sampuk Qistina pula.


"Hmmm...Lydia tak ada. Roslan pun hilang sama. Jangan-jangan dia orang memang dah plan nak jalan perlahan-lahan dekat belakang dan kemudian lari kan diri bersama. Boleh jadikan?"Sheila bersuara.


"Eh Sheila, kau jangan nak fikir yang bukan-bukan boleh?"Nurul pula bersuara, kasar.


"Aku buat andaian saja. Lagipun, Roslan kan cousin aku. Mestilah aku tahu perangai dia macam mana,"Sheila membela diri.


"Apa yang Sheila cakap tu, mungkin betul. Razi, kita patah balik."


Kamal berjalan mendahului kesemuanya. Dia percaya dengan kata-kata Sheila. Mungkin Lydia dan Roslan memang sudah merancangkan ini semua. Menguatkan lagi sangkaannya apabila teringat Lydia dan Roslan duduk bersama sambil tersenyum, ketawa dan berbual mesra ketika berada di dalam bot. Sayang sekali, dia tidak dapat mendengar apa yang mereka borakkan kerana bunyi air yang amat membingitkan telinga.


Sepuluh minit mereka berjalan, berpatah balik. Tiba berdekatan dengan satu pondok, Kamal berhenti. Di pondok itu dia lihat Lydia sedang tidur berbantalkan tiang pondok dan Roslan sedang tidur di sebelah Lydia berbantalkan bahu gadis itu.


Kamal mengejutkan Lydia dengan menarik lengannya kasar. Lydia tersedar dari lenanya dan terus berdiri. Kelakuannya menyebabkan kepala Roslan jatuh dari bahu Lydia dan terhantu kepada tiang pondok.


"Ouch! Sakitnya!"aduh Roslan.


"Kenapa tarik I macam tadi tu? Sakit tahu tak?"tengking Lydia.
Category: 0 comments

FaceBlog ♥

Assalamualaikum ♥


Sorry sebab dah lama tak update story. Hehe! Busy ~ Kejap lagi Nur update okay? For now, tengah posting for FaceBlog.
Apa itu Faceblog? Nak tahu? Kenalah continue baca.


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH!


Haah! Sekarang mesti dah tahu kan tujuan Faceblog ni untuk apa? Jadi, tunggu apa lagi? Join sekarang. Sekarang tau. Takmau tunggu besok2. Hehehe :D


Salam ♥
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 7



Setelah dua minggu berehat di rumah, kini keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki dan dia sudah pun kembali ke kuliahnya seperti biasa. Cara Lydia berjalan, masih lagi tempang, tetapi dengan pertolongan Kamal, Lydia tidak mempunyai banyak masalah.


Kamal banyak membantu. Menghantar serta menjemput Lydia pergi dan pulang dari kuliahnya. Makan dan minum Lydia juga dijaga. Lydia kelihatan seperti dikongkong tetapi sebenarnya tidak.


Kamal kini mengutamakan keselamatan Lydia. Masanya banyak terluang hanya untuk Lydia. Setiap hari sebelum ke kuliah, Kamal akan meninggalkan motornya di kawasan perumahan Lydia dan ke kuliah bersama Lydia dengan menaiki teksi. Alasannya, takut Lydia tercedera lagi. Apatah lagi Kamal baru sahaja mendapat lesen.


Malam itu, selepas kuliah, setelah puas dipujuk oleh rakan-rakan yang lain, barulah Kamal dan Lydia turut menyertai mereka makan malam di luar. Mereka makan malam di Restoran AA. Sambil menunggu makanan masing-masing untuk dihidangkan, mereka berbual kosong.


"Lama tak lepak dengan kau kan Lydia,"tegur Razi.


"Yalah. Kau pun tahu kan tentang incident tu. Dah semakin baik, dah boleh masuk sekolah balik ni pun dah kira okay apa?"


"Alah, lagipun kan ada Mr Hero yang tolong jaga. Mestilah cepat sembuh. Betul tak Lydia?"sakat Iffah pula.


Lydia hanya diam sambil tersenyum. Begitu juga dengan Kamal. Rakan-rakan yang lain pula tidak henti-henti menyakat Lydia dan Kamal. Apa jua yang mereka sakatkan, Lydia dan Kamal hanya diam dan senyum.


"Untung kau Lydia. Kalau dah bersatu nanti, Kamal mesti jaga kau dengan seluruh nyawa dia,"seloroh Aniq pula.


"Dahlah tu. Merah sudah muka Lydia tu. Korang ni pun nak bergurau tak agak-agak,"tegur Qistina.


Lima minit kemudian, semua makanan dan minuman sudah siap dihidang. Mereka menikmati makanan dengan berselera sekali. Sebentar kemudian, dilihat Kamal dan Lydia bersuapan.


"Adoi, romantiknya. Tak macam si Farhan ni. Aku pun dia tak pernah suap. Haha!"tegur Nurul.


"Apa yang romantik? Kamal nak rasa makanan aku. Aku pula, nak rasa makanan dia. Apalah kau ni."


"Dah, dah. Nak makan, diam. Tak mau berbual. Faham?"beritahu Aniq seperti seorang guru memberi tugasan kepada anak muridnya.


Setelah itu, kesemuanya diam sambil menikmati makanan masing-masing. Lydia dan Kamal sudah tidak bersuapan. Sepuluh minit kemudian, mereka semua selesai makan. Tetapi masih memanaskan punggung masing-masing di atas kerusi restoran.


"Lydia, kau rasa dalam lagi seminggu, kaki kau tu dah baik sepenuhnya belum?"soal Razi.


"Kalau dalam lagi seminggu, Insya-ALLAH lah. Kenapa?"balas Lydia.


"Takdalah. Aku ingat kita semua boleh pergi camping ke di Pulau Ubin. Kita pun dah lama tak buat aktiviti macam gini kan? Apa pendapat korang?"cadang Razi.


"Aku takda hal,"beritahu Farhan.


"Aku pun takda hal,"beritahu Aniq pula.


"Korang okay tak? Tadi aku dah discuss dengan Iffah, Iffah no problem,"soalan dituju kepada Nurul dan Qistina serta Lidya dan Kamal.


"Kita okay,"balas Nurul dan Qistina serentak.


"Aku pun okay. Tapi Lidya aku tak tahulah. Nak kena tanya Mama dan Papa dia dahulu. Apapun, nanti aku confirm lagi,"beritahu Kamal.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 6


Lydia mendapat cuti sakit selama dua minggu. Kini baru seminggu waktu cuti sakitnya berlalu. Lydia sudah kebosanan di rumah walaupun teman-temannya ada yang datang menjenguk lebih-lebih lagi Kamal yang setiap hari melepak di rumah Lydia selepas kuliah dan hanya akan pulang pada lewat malam. Ahli keluarga Lydia tidak keberatan akan kehadiran Kamal apatah lagi Kamal dan Lydia sudah 'berkawan' selama dua setengah tahun. Kamal pula sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Malah kedatangannya amat dialu-alukan keluarga Lydia.


Keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Walaupun sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki, tetapi ketika berjalan, Lydia masih perlu berpaut pada sesuatu. Kamal selalu membantu Lydia. Ahli keluarga Lydia yang lain sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk membantunya berjalan semula dengan betul kecuali Kamal dan Mamanya.


*****


Kamal tiba di rumah Lydia jam dua petang. Ketika itu Lydia sedang menonton televisyen di ruang tamu berseorangan. Mereka bersapa sebentar dan kemudian sepi semula sambil menonton rancangan Barney di saluran TV Okto.


"Mama you tak ada ke?"Kamal bersuara.


"Tak. Mama keluar pergi rumah kawan dia. Tengok chocolates,"jawab Lydia.


"Oh ya, Mama ada masak sambal sotong dengan ayam black pepper. Mama cakap, kalau you nak makan, makanlah,"sambung Lydia lagi.


"Hmmm, sedap tu. Nanti I nak makanlah. Kartun Barney ni habis sekejap lagi kan? Dah habis nanti baru I makanlah."


"Kenapa nanti?"soal Lydia hairan. Bolehkah tangguh-tangguhkan waktu makan?


"Sebab, kalau I makan nanti, you pun boleh temankan I makan sekali,"jawab Kamal sambil mengeyitkan matanya. Lydia hanya memberikan senyuman.


Begitulah Lydia dan Kamal. Angin mereka bertukar-tukar. Mereka lebih mesra apabila berdua sahaja. Tapi di luar, mereka seperti sahabat biasa saja. Dan bila angin ego masing-masing sedang menyemarak, langsung tidak bertegur sapa.


Sepuluh minit kemudian, rancangan Barney beransur selesai. Lydia menakan punat kawalan jauh untuk mematikan televisyen.


"Nak makan tak?"soal Lydia mintak kepastian. Kamal hanya mengangguk.


Lydia terus bangun dari sofa. Sambil berpautkan dinding serta kerusi dan meja, Lydia bergerak menuju ke dapur untuk memanaskan makanan.Lauk sedang menidih ketika Kamal masuk dapur lima minit kemudian,"Hmmm, sedapnya bau. You makan sekali tak?"


Lydia menggeleng.


"Kenapa tak?"soal Kamal.


"Tadi I dah makan. Dah makan ubat sekali,"jelas Lydia.


"Tadi? Tadi tu pukul berapa?"


"Errr, pukul dua belas tengah hari, kalau tak silap. Takpalah. Kalau you nak makan, i boleh temankan,"beritahu Lydia lagi.


Kamal hanya diam dan kemudian keluar dari dapur dan mengambil tempat di meja makan yang terletak di hadapan bilik. Lydia menyendukkan nasi ke pinggan dan beberapa lauk-pauk. Dia menuangkan air coke yang sudah ada di dalam peti ais dan menghidangkannya di meja makan. Sedang Kamal menikmati lauk-pauk yang ada, Mama Lydia muncul di muka pintu.


"Eh, Kamal. Dah lama sampai ke? Aunty pergi rumah kawan aunty tadi. Dia baru bukak business chocolate dia. Kalau Kamal nak order chocolates dia untuk apa-apa, boleh bagitau aunty. Nanti aunty tolong orderkan,"Mama Lydia sibuk bercerita. Kamal menjadi pendengarnya dan hanya menyampuk bila perlu sahaja.


Lydia terus masuk ke dalam bilik, apabila sudah ada Mamanya yang melayan Kamal. Dia baring di atas katil. Mula memikirkan tentang hubungannya dan Kamal. Adakah penghujungnya? Dua tahun dahulu mungkin mereka memang belangkas. Tapi kini, jika Kamal ke hulu, Lydia pula akan ke hilir. Lydia menyerahkan semua pada takdir.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 5


Lydia keluar dari hospital dengan bertongkat. Tidak sangka begitu teruk dirinya cedera. Di sebelah kanan, ada Kamal yang membawa begnya dan di sebelah kiri, kakak Lydia, Lisda Alya membantunya yang masih terkial-kial menggunakan tongkat kaki.Lisda kini sudah mula bekerja kerana minatnya dalam pelajaran sudah tiada.


Mereka bertiga berhenti di perhentian teksi di hadapan hospital. Kamal menyerahkan beg Lydia kepada Lisda.


"Nanti I jumpa you dekat rumah you,"beritahu Kamal.


"You tak naik teksi sekali?"soal Lydia. Kamal menggeleng.


"Ingat semalam I SMS you yang I ada surprise untuk you?"soal Kamal pula. Lydia mengangguk.


"I....dah lulus lesen motor! Motor pun I dah dapat. Hadiah Umi dan Ayah I,"beritahu Kamal dengan ceria.


"Congrats." Hanya itu yang terucap di bibir Lydia.


"Haah, dah ada motor tu, kalau nak bawak adik aku jalan-jalan, hati-hati. Jadi apa-apa nanti, terus aku tak bagi kau bawak dia keluar dah,"sampuk Lisda.


Lisda adalah kakak Lydia yang lebih tua sepuluh bulan. Lisda dan Lidya dilahirkan pada tahun yang sama tetapi berbeza bulan. Mereka bukan kembar. Lidya hanya dilahirkan setelah sepuluh bulan Lisda lahir. Kerana itu, Lisda senang berbual dengan Kamal dan Lidya secara 'Aku' dan 'Kau'.


"Takkanlah aku nak apa-apa yang buruk terjadi kat Lidya. Aku kan sayang dia."


Lydia spontan mengerling ke arah Kamal. Sayang? Jarang sekali Kamal ungkapkan kepadanya. Lantas, Lydia selalu sahaja ragu dengan kata-kata sayang Kamal. Tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia amat sayangkan Kamal.


"Teksi dah sampai!"beritahu Lisda.


Kamal mengengdong Lydia masuk ke teksi kerana tongkatnya sudah Lisda simpan di boot teksi. Lydia hanya membisu. Dia asyik memikirkan tentang kata Sayang Kamal. Dahinya yang masih berbalut ditekan kuat apabila terasa sakit. Mungkin dia terlalu memikirkan sangat.







*****



Lydia berehat di dalam bilik. Mama,Papa, Lisda dan abangnya, Luqman sibuk di luar melayan Kamal. Macamlah Kamal tetamu yang tak selalu mereka layan. Detik hati Lydia.


"Oi, termenung apa tu? Kamal dah nak balik tu,"tegur Lisda.


"Huh? Oh, oh. Cakap bye dekat dia."


"Cakap bye? Dia nak jumpa kau dulu lah."


"Nak jumpa? Takkan nak suruh dia masuk? Nanti mama dan papa ingat apa pulak," bantah Lydia. Sebenarnya, dia tidak mahu jumpa Kamal.


"Dah kau tahu yang dia tak boleh nak masuk dalam bilik, kau keluarlah jumpa dia. Tak akanlah aku nak dokong kau dan bawak kau keluar? Engkau tu kalau ringan tak apalah jugak."ngomel Lisda.


"Lisda, kalau tak membebel macam Mama boleh? And Lisda, Lydia taklah berat mana okay!"tegas Lydia sambil terkial-kial keluar meninggalkan bilik.


Perlahan-lahan Lydia melangkah ke arah Kamal yang bersendirian di ruang tamu. Mungkin yang lain sudah beredar ke bilik masing-masing. Lydia duduk menghadap Kamal.


"Err, Lisda kata, you dah nak balik."


"Hmmm.."


"Take Care."


"Okay, Bye. You pun take care tau. Kalau ada apa-apa just give me a call,"beritahu Kamal sambil menepuk-nepuk bahu Lydia. Kemudian dia beredar.


Itulah kali pertama yang Lydia rasakan, Kamal begitu manis dan ambil berat terhadap dirinya. Kelakuan Kamal tadi benar-benar membuat hatinya tersentuh. Tetapi mampukah perasaan itu terus kekal jika Sheila selalu ada di antara mereka?
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 4.2


Lydia terjaga dari tidurnya. Matanya dipejamkan semula apabila terasa sakit di kepala seolah-olah mencengkam. Kemudian dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Ada beberapa wanita yang terbaring di atas katil. Tahulah dia bahawa dia berada di hospital.


Lydia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katil untuk melihat waktu. Pukul sepuluh malam. Patutlah tiada sesiapa yang berada di sebelahnya. Waktu melawat pesakit sudah tamat sekitar dua jam yang lalu.


Telefon bimbit Lydia berbunyi secara tiba-tiba membuatkan Lydia terkejut dan hampir mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai. Akibat terlalu kalut dengan deringan telefon bimbitnya yang boleh mengganggu pesakit lain, Lydia segera menekan butang merah untuk mematikan talian. 


Setelah itu, Lydia menekan butang 'silent'.Telefon Bimbit Lydia bergetar lagi. Ada pesanan ringkas yang masuk dari Kamal. 



"Esok I ambil u. Doctor kata, u dh boleh balik esok sebab tkda serious injury. Lgpun, I ada surprise utk u. Rest well. Nights! (:"




Lydia tidak membalas mesej Kamal. Dia terus melelapkan mata kerana kepalanya tiba-tiba dirasakan pusing. Lydia terus terlena hingga ke esok pagi.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 4.1


Hari ini, Danish dan Lydia sama-sama perlu menghadir kelas drama. Semalam, semua pelakon yang terlibat dengan drama pentas yang bertajuk Kuliah Cinta. Seperti biasa, Danish dan Lydia bergandingan bersama. Kamal juga turut menyibukkan diri mengikuti sesi drama Lydia. Dia turut sama mengajak Sheila.


Danish dan Lydia bergandingan di atas pentas sambil melakonkan dari satu babak ke satu babak yang lain. Mata Kamal terasa sakit apabila babak Lydia dan Danish menari di atas pentas sambil berpegangan dan berpelukan. Terasa menyesal pula mengikuti sesi lathan drama Lydia. Kamal lantas mengajak Sheila keluar untuk membasahkan tekak.


Lydia langsung tidak menyedari bahawa Kamal sudah meninggalkan bilik latihannya. Dia terlalu tumpukan lakonannya. Sekarang ini, Lydia sedang berehat sebentar. Matanya melilau dari atas pentas mencari Kamal. Lydia berjalan sehingga ke hujung pentas. Jikalau dia membuka satu langkah lagi, dia akan jatuh dari atas pentas yang kira-kira 100 meter tinggi.


Tiba-tiba kaki Lydia tersandung botol minuman dan dalam sekelip mata dia sudah berada di bawah pentas. Danish dan semua pelakon yang lain menerpa ke arah Lydia yang sudah terbaring di atas lantai sambil memegang kepala dan kakinya dan meraung kesakitan.


"Danish, cepat bawa Lydia pergi hospital. Nanti aku panggilkan teksi."beritahu salah seorang rakan Danish yang turut sama berlakon, Farid.


Tanpa banyak bicara, Danish terus mengendong Lydia dan dibawa keluar. Danish segera mengikuti Farid yang sedang berlari-lari untuk mendapatkan teksi. Tidak sampai lima minit, Danish dan Lydia sudah pun berada di dalam perut teksi. Lydia masih meraung kesakitan.


Farid berjalan ingin kembali ke bilik latihan drama. Ketika itu juga, dia bertembung dengan Kamal dan Sheila yang sedang berbual mesra. Kamal terus menyapa Farid.


"Hey Farid. Latihan dah habis ke?"


"Belum. Tadi Lydia jatuh pentas. Aku tahankan teksi tadi. Danish dah bawa dia pergi hospital. Teruk sangat kot sebab dia tak boleh nak jalan."


Mata Kamal terus membutang. Teruk sangatkah? Macam mana boleh jatuh? Sekarang ini bagaimana? Macam-macam soal menerpa ke minda Kamal. Di terus meninggalkan Farid dan Sheila dan ingin ke hospital. Sheila agak terasa hati tetapi dia sedar bahawa dia bukan seorang yang istimewa di hati Kamal.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 3


Lydia baru sahaja selesai menyanyikan lagu Takkan Pisah nyanyian Eren, penyanyi Indonesia. Moodnya kembali untuk menyanyi setelah berkali-kali dipujuk oleh Razi dan Iffah, barulah Lydia mengalah.


Lydia baru sahaja menyelesaikan nyanyiannya apabila pintu terkuak. Semua mata tertumpu pada pintu bilik. Menanti siapakah yang muncul. Ternyata Kamal. Dia kembali ke dalam studio dan kali ini dia tidak bersendirian. Dia bersama Sheila.


Lydia dan Sheila saling berpandangan. Untuk menutup rasa cemburunya, Lydia mengukirkan senyuman kepada Sheila. Sheila membalas sekejap saja. Kemudian Kamal pula bersuara.


"Hah, you dah habis nyanyi kan?"Lydia mengangguk,"Okey bagus. I nak nyanyi dengan Sheila pula."sambung Kamal.


Betapa panasnya hati Lydia tetapi dia tidak bersuara dan terus meninggalkan studio. Sebelum meninggalkan studio, Lydia sempat mengambil dompetnya dan memberitahu Razi bahawa dia ingin keluar untuk membeli air.


Lydia terus berjalan menuju ke kafeteria. Di sana dia mencapai dua beberapa minuman kosong dan beberapa bungkus chicken pie yang memang terdapat di kafeteria. Setelah menbayar kesemua makanan dan minuman, dia ditegur oleh seseorang.


"Hey, banyaknya beli makanan. You dah kebulur sangat ke?"


"Eh, takdalah.. I belikan sekali untuk kawan-kawan I. Dia orang ada dekat studio. Join us?"pelawa Lydia.


"Okay juga. I pun dah habis class."


"Okay, kalau macam tu, you tolong bawa makanan dan minuman ni pergi studio. You pergi dulu sebab I nak pergi ladies sekejap."kata Lydia sambil menyerahkan bungkusan-bungkusan plastik ke tangan Danish.


Lebih kurang sepuluh minit kemudian, Lydia sudah pun berada di luar studio. Ingin masuk ke dalam tetapi pintu studio terlebih dahulu terbuka dari dalam. Danish muncul.


"I kena balik lah. Ada hal sikit."beritahu Danish.


"Okey. Bawa motor baik-baik. Kalau jatuh bangun sendiri."gurau Lydia. Setelah itu dia menghilangkan diri ke dalam studio.


Tiba sahaja di dalam studio, satu adegan berlaku dan hampir kesemua perempuan yang ada di dalam studio menjerit kerana terkejut.


*****

Memang menjadi aktiviti mereka sekumpulan akan kedai makan berdekatan dengan sekolah mereka. Di situ, mereka akan bercakap tentang apa sahaja.


Ketika ini, hanya Kamal yang tiada bersama mereka. Kamal pergi untuk menghantar Sheila pulang ke rumahnya.


Tadi ketika Lydia melangkah masuk ke dalam studio, Sheila yang baru sahaja ingin menuruni tangga pentas hampir terjatuh. Mujur Kamal segera mendakap pinggang Sheila.


Lydia tetap Lydia. Dia memang cemburu tetapi dia tidak mahu menunjukkannya. Sedari tadi, dia hanya mendiamkan diri.


Sedang Lydia menghirup teh limau yang berada di hadapannya, Kamal muncul dan terus mengambil tempat di sebelah Lydia yang sememangnya kosong. Lydia hanya menjeling Kamal sebentar dan kemudian kembali meneruskan minumannya. Tiada sepatah kata pun yang terucap.


Baik Kamal mahupun Lydia. Tiada siapa yang berani mencetus tentang perkara semalam dan tadi. Tetapi kebisuan Lydia tidaklah berpanjangan apabila Nurul bersuara.


"Lydia, kau ni asyik senyap aja dari tadi. Kenapa? Sakit ke?"


Spontan Kamal mengerling ke wajah Lydia. Kemudian dia meraba dahi Lydia. Tidak panas! Lydia pantas menepisnya. Kamal hanya membiarkan sahaja.


"Tak ada apa-apalah."jawab Lydia acuh tak acuh.


"Lydia, ni aku tanya, kau janganlah marah. Kau pun Kamal janganlah marah."ucap Nurul lagi.


"Nak marah apa? Tanyalah."jawab Kamal bagi pihak dirinya dan Lydia.


"Lydia, kau tak jealous ke tadi Kamal terpeluk Sheila?"ternyata itu soalan Nurul. Soalan yang tidak disangka-sangka.


Lydia berdeham sebelum menjawab,"Takdalah. Kamal bukan saja-saja pun kan? Lagipun bila dia buat macam tu, bukan ke dia dah selamatkan satu nyawa? Kalau tak, entah apa jadi dekat Sheila tu."


"Habis tu, kalau Kamal saja-saja peluk, kau jealous lah? Kalau aku, si Farhan ni sengaja peluk-peluk perempuan lain, memang aku tak bagi chance."


Lydia dan Kamal saling berpandangan. Masing-masing hanya membisu.
Category: 0 comments