Shahrul tiba di rumah Marissa sejam sebelum majlis bermula. Dia mengenakan jeans putih dan kemeja lengan panjang berwarna ungu bergaris putih. Di tangannya, dia memeluk sejambak bunga ros. Sewaktu dia sampai, belum ada satu pun manusia di ruang tamu kecuali Fauzie. Fauzie kelihatan sibuk menyusun dan memperbetulakan dekorasi serta makanan di atas meja.
"Bro, birthday lady mana?"
"Wow. Besarnya bunga. Untuk aku eh? Hahaha!"sakat Fauzie tanpa mempedulikan soalan Shahrul.
"Serious lah bro!"desak Shahrul.
"Chill lah. Dia ada kat dalam bilik dengan tunang aku, Farisha. Tengah bersolek lah tu."
Setengah jam kemudian, kelihatan beberapa teman Marissa tiba. Mereka sudah mula menjamu selera. Fauzie pula-pula berkali-kali menjengah ke dalam bilik Marissa. memesannya supaya cepat sedikit kerana tetamu sudah semakin ramai.
Pintu bilik Marissa terbuka. Farisha keluar diikuti dengan Marissa. Semua mata tertegun melihat Marissa yang ber-gown ungu, bermanik-manik putih dan bertali halus paras lutut. Rambutnya yang ikal lag panjang pula dibiarkan sahaja agar menutup bahunya. Dengan dandanan di muka lagi menambahkan kelainan di wajah Marissa. Setelah bersalaman dan menerima hadiah dari beberapa orang temannya, Marissa mendekati Shahrul.
Bunga bertukaran tangan. Shahrul menghadiahkan sejambak bunga ros untuk Marissa lalu membisikkan sesuatu ke telinga Marissa, "Happy Birthday Sweet...."
'happy birthday sweet jer?'bisik hati Marissa.
Mereka menikmati musik yang dipasang. tetamu pula asyik menjamu selera. Marissa sudah pun memotong kek yang dihadiahkan Farisha. Kini, dia asyik melekat sahaja dengan Shahrul. makan dengan Shahrul, minum dengan Shahrul. Segalanya dengan Shahrul kecuali, pergi tandas. Kalah couple oi!
Sedang mereka asyik berbual, Farisha mendekati dan membisikkan sesuatu ke telinga Marissa. Shahrul pelik. Kenapa perlu bisik? Lebih pelik lagi bila Marissa menyuruhnya memegangkan minumannya tetapi kemudia, Marissa mengambil minuman baru dan terus keluar rumah.
*****
"Nah air. Aku memang tak jemput kau. Tapi dah muka kau tak tahu malu datang kan, jadi minuman tu dah cukup bagus. Jadi sekarang tunggu apa lagi? Berambuslah!"Marissa hairan, dia senang naik angin setiap kali menatap wajah Hafiz.
"Janganlah sombong dengan aku. Ikut aku kejap. Kita cakap kat tempat lain."Hafiz menarik tangan Marissa ke tangga luar rumah. Walaupun Marissa cuba menentang, makin sakit pula tangannya dicengkam.
"Eh, kau apasal ni? Jangan nak tunjuk perangai merepek kau kat majlis aku boleh tak? Aku tak suka!"
Hafiz serta-merta mencekik Marissa, "Habis tu, kau fikir aku suka bila kau nak putuskan pertunangan ni? Hah?"
Shahrul kegelisahan di dalam rumah/ Dia menjenguk sedikit ke luar dan mendapati Marissa tiada. Dia lantas keluar untuk mencari. Shahrul berlari ke arah tangga apabila mendengar orang menjerit meminta tolong. Hafiz yang menyedari akan kehadiran Hafiz terus melarikan diri. Marissa terjelopok di lantai. Mungkin kerana terlalu penat 'berlawan' dengan Hafiz.
Shahrul membongkokkan badan agar dapat melihat muka Marissa yang menunduk,
"You okay?"soal Shahrul cemas. siapa agaknya lelaki itu ya?
Marissa hanya mampu mengangguk dan dibantu bangun oleh Shahrul. Ketika dia masuk ke dalam rumah semula, dia menceriakan mukanya. Dia harus mampu bertahan apatah lagi, hanya tinggal sejam lagi majlis habis.
*****
"Macam mana boleh jadi macam ni?"Fauzie marah. Macam mana Hafiz boleh membuat sebegitu rupa pada Marissa.
"Tadi I nampak ada seorang lelaki berdiri kat luar rumah. Jadi I pun tanyalah, dia cari siapa. Tak tahu pula yang lelaki tu Hafiz, bekas tunang Marissa."Farisha berterus-terang.
"Kenapa you tak bagitau I?"Fauzie melenting. Farisha hanya menundukkan muka apabila ditengking begitu.
"Abang! Tak payah lah marah Kak Farisha. Dia bukan tahu apa pun. Lagipun, I'm alright kan. Nak risau apa lagi?"
Fauzie meraup muka. Dia menyesal akan keterlanjurannya tadi. Tiba-tiba dia teringatkan pesan terakhir dari Ibu mereka agar Fauzie menjaga adiknya dengan baik.
'Ya ALLAH, mampukah aku?'Fauzie merintih.
"Err, Bro. Relaks okay. Err, kelmarin aku dah minta izin kau nak bawa Marissa keluar kan. So..." Shahrul tidak meneruskan kata-katanya. Macam tak tahu malu pula.
"Bawalah. I trust you!"
"I tukar baju dulu ya. Make-up pun I nak buang. You tunggu ya?"
"I think you tukar baju ajalah. Make-up tak payah hapus."
"Okaylah."Marissa bingkas masuk. Sebelum itu, dia sempat membuat 'eye-contact' dengan abangnya agar meminta maaf kepada Farisha yang sedari tadi membisu dan menunduk. Fauzie hanya mengeluh.
Marissa membuka almarinya. Memilih rambang baju apa yang sesuai hendak dipakai.
'Kalau aku keluar dengan dia, mesti orang ingat dia tu boyfriend aku kan? Cari baju sepasang lah.'
Kerana tidak mahu Shahrul menunggu lama, dia lantas memilih skirt panjang berwarna putih dan blouse lengan panjang berwarna ungu. Marissa juga mengenakan subang dan rantai warna putih. Setelah membuat sedikit touch up di muka, barulah dia keluar. Sebelum keluar rumah, sekali lagi dia menjeling dan menggunakan mata isyarat kepada abangnya.
Setelah Shahrul dan Marissa sudah tidak kelihatan, Farisha meminta izin pulang, "I balik dulu ya."
Farisha bangun untuk menuju ke pintu tapi Fauzie menahannya dengan menarik lengannya, "I'm sorry okay?"
"Takpa. I know you don't mean it."jawab Farisha sambil tersenyum.
"No! Serious. I mean it, I'm sorry!"
"Tak. Maksud I, I know apa yang you marah kat I tadi, you tak sengaja. So, it's okay."Farisha senyum lagi. Dia tidak mahu ada jarak di antara mereka.
"Serious ni?"Fauzie terus bertanya. Tetapi dia tersenyum senang setelah melihat anggukan Farisha.
"This will make me, love you more."bisik Fauzie ke telinga Farisha. Setelah itu, dia menghantarkan Farisha pulang.

0 comments:
Post a Comment