Hari ini Marissa tidak bekerja. Sakit lah. Sudah seminggu perkara dia dan Shahrul bergaduh, berlalu. Kemesraan Marissa dan Abangnya sudah berkurangan. Marissa tidak sempat meminta maaf atas kelakuannya kelmarin kerana Abangnya akan terus masuk ke bilik setelah pulang dari kerja dan hanya keluar keesokan harinya untuk berangkat ke kerja. Dan Marissa hanya akan keluar dari bilik selepas Fauzie berangkat.
Hari ini Fauzie tidak bekerja. Marissa keluar dari biliknya dan mengetuk pintu bilik Fauzie. Ingin meminta abangnya itu menghantarnya ke klinik. Dia sudah siap berseluar dan baju lengan panjang.
"Abang.. Abang.."panggil Fauzie.
Fauzie membuka pintu,"Nak apa?"
"Hantar adik pergi klinik.."
"Apasal? Sakit?"soal Fauzie. Mungkin sekadar basa-basi atau benar-benar ambil berat.
Melihat Marissa mengangguk, Fauzie lantas berkata, "Tunggu kat sofa."
Marissa gembira. Ternyata abangnya masih kisah tentang dirinya. Marissa tersenyum. Tetapi disebalik senyumannya itu, dia sedang menahan sakit di kepala.
Tiba-tiba Fauzie keluar."Adik tunggu Shahrul. Kejap lagi dia sampai dan hantar adik ke klinik."
"Abang tak boleh hantar ke?"soal Marissa sedih. Mungkin Fauzie sengaja berbuat begitu apatah lagi keadaan mereka yang masih dingin.
"Abang sibuklah."
"Tapi hari ini Abang tak kerja kan?"soal Marissa inginkan kepastian mengapa Abangnya tidak bisa menghantarnya.
"Nanti Kak Farisha nak datang. Takkan nak suruh dia tunggu kat luar kalau dia datang dan kita tak ada kat rumah."jelas Fauzie.
"Kak Farisha lebih penting?"
Fauzie tidak menjawab kerana ada ketukan di pintu. Fauzie pasti itu Shahrul. Shahrul yang sedang menuju ke tempat kerjanya berpatah balik dan ke rumah Marissa.
"Dah! Jangan nak mengada-ngada. Shahrul pun boleh hantar adik pergi klinik."marah Fauzie.
Marissa hanya diam. Dia bangun dari sofa sambil menekan ke dadanya yang tiba-tiba rasa pedih. Dia terus menuju ke pintu dimana Shahrul sudah menantinya. Fauzie hanya memandang tanpa bicara.
"You tak kerja ke?"soal Marissa apabila mereka sudah meninggalkan rumah.
"I ambil urgent leave. I cakap dengan bos, wife I sakit."
Marissa ketawa buat seketika, "Haha! Bila you kahwin?"
Shahrul tidak menjawab. Dia juga turut sama ketawa. Shahrul meletak keretanya di hujung jalan berhadapan dengan klinik di sekitar kawasan perumahan Marissa.
Marissa memberi namanya ke kaunter dan mengambil nombor giliran.
"Nanti, biar I masuk sorang jer. You tunggu kat luar."beritahu Marissa.
"Kenapa I tak boleh masuk?"
"Tak bolehlah! Mana tahu Doctor nak check apa-apa ke.. Takkan you pun nak tengok?"Shahrul hanya tersengih.
Kini giliran Marissa. Dia masuk bersendirian. Shahrul setia menanti di luar. 5 minit... 10 minit... 15 minit... 20 minit baru Marissa keluar dari bilik doktor.
"Lamanya you kat dalam.."rungut Shahrul.
"Mana ada lama. Doctor kan nak kena periksa ini dan itu. Mestilah lama sikit."jelas Marissa. Kepalanya berdenyut lagi. Dia memegang kepalanya sambil memicit-micit.
"Eh, you okay tak ni?"soal Shahrul cemas.
"I okaylah. Biasalah, sakit kepala sikit."
"Miss Marissa.."panggil jururawat.
Marissa dan Shahrul pergi ke kaunter bersama. Shahrul tidak lepas dari memimpin tangan Marissa. Selepas mengambil ubat, mereka terus ke kedai makan dan membeli beberapa bungkus makanan dan dibawa pulang. Segalanya dibayar oleh Shahrul.
Shahrul mengikut Marissa pulang. Ketika Marissa menjejakkan kakinya ke dalam rumah, dia melihat Fauzie sedang menglikar di atas sofa sambil menonton kartun pagi. Fauzie hanya berseorangan. Tiada Farisha seperti yang dikatanya tadi.
"Kak Farisha mana bang?"soal Marissa. Dia sudah duduk di sofa kerana kepalanya makin berdenyut pantas.
"Dia tak jadi datang."jawab Fauzie ringkas.
Marissa sedih. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Fauzie masih marah terhadapnya. Marissa bangun dan terus menuju ke dapur di mana Shahrul sibuk mengeluarkan makanan-makanan yang dibeli dari bekas dan bungkusan.
"Babe, you balik dulu ya. Atau you pergi kerja."pinta Marissa.
"Kenapa?"Shahrul kebingungan.
"I ada hal nak settle dengan Abang."
"Hmmm, okaylah. Nanti malam I datang lagi."
Marissa tersenyum. Dia menghantar Shahrul hingga ke muka pintu. Setelah menutup dan mengunci pintu, Marissa mematikan siaran televisyen yang sedang ditonton oleh Fauzie.
"Kenapa matikan?"tanya Fauzie kasar.
"Adik nak cakap sikit."
"Cakaplah lekas..."
"Abang marah kat Adik eh?"soal Marissa dengan suara yang perlahan.
"Kenapa tanya macam tu?"percakapannya masih lagi seperti tadi, kasar.
"Tengoklah tu. Cakap dengan adik pun kasar. Dah tak nak berbual dengan adik. Tak nak hantar adik pergi klinik. Kadang adik masak pun abang dah tak nak makan. Agaknya kalau kejap lagi adik mati pun abang tak kisah langsung. Abang dah tak nak jaga adik lagi ke?"luah Marissa sambil airmatanya mengalir perlahan.
Fauzie tersentuh. Dia menjadi sebak. Dia pernah berjanji akan menjaga Marissa walau apapun.
"Abang minta maaf kalau adik tersinggung,"sejurus itu, dia terus menari Marissa ke dalam pelukannya.
"Abang minta maaf, Adik."
0 comments:
Post a Comment