"Abang..Abang.."Marissa mengetuk pintu bilik Abangnya. Lama dia menanti tetapi pintu tidak juga terbuka. Adakah marah Fauzie masih bersisa?
"Abang, buka pintu please."Marissa mengetuk lagi. Apabila pintu masih juga tidak berbuka, Marissa terus memusingkan tombol dan menolak daun pintu. Fauzie tiada. Mungkin sudah berangkat ke tempat kerja.
Marissa terus membawa diri ke tempat kerjanya. Dia membuat kerjanya seperti biasa walaupun fikirannya agak bercelaru. Tanpa dia sedari, waktu makan tengahari sudah menjelma.
"Marissa, you tak nak lunch ke?"sapa Azhar.rakan sekerjanya.
"Nak pergi lah ni."
"Join me?"pinta Azhar.
Marissa menjawab dengan anggukan. Dia terus mencapai dompetnya dan meninggalkan tempat kaunter pertanyaan di mana dia bekerja. Marissa dan Azhar beriringan menuju ke food court.
Marissa memesan carrot cake kerana ringkas untuk dimakan dan secawan milo ais. Azhar pula memesan wanton noodles dan secawan air bandung. Mereka menikmati hidangan masing-masing.
*****
Shahrul membelok keretanya. Masuk lorong sini, masuk lorong sana, dia menemui kereta Marissa di bangunan parking. Tiada kereta yang terparkir di sebelah kereta Marissa lantas Shahrul memarkir keretanya di situ.
Shahrul berjalan dengan tenang ke kaunter pertanyaan dimana Marissa bekerja. Dia berhenti agak jauh dari kaunter. Tiada Marissa. Dia mengerling ke jam tangannya. Mungkin Marissa pergi makan. Shahrul melangkah ke kaunter dan bertanyakan Marissa kepada salah satu pekerja yang bertugas.
"Mar pergi makan kat food court. Check kat sana lah ya."
Shahrul terus membawa diri ke food court yang terletak di tingkat paling atas.
*****
"Marissa, you nak rasa wanton? Sedap tau!"pelawa Azhar.
"Ye ke? Bolehlah."
Azhar memberi Marissa sesuap wanton. Tanpa mereka sedar, Shahrul memerhati dari jauh. Shahrul yang terlihat adegan itu terus menjadi marah. Dengan pantas Shahrul berjalan ke tempat dimana Marissa dan Azhar makan dan menarik tangan Marissa kasar. Tapi Marissa berjaya melepaskan tangannya dari cengkaman Shahrul apabila dia tiba di luar food court.
"Hey! You kenapa tarik I macam gitu? I kan tengah makan!"marah Marissa.
"Siapa tu? You makan dengan siapa tu? Sampai nak suap-suap."marah Shahrul pula.
Marissa yang malu apabila orang ramai sudah melihat dia dan Shahrul terjerit-jerit memarahi satu sama lain di situ terus menaiki tangga berjalan dan meninggalkan Shahrul untuk ke kaunter kerjanya semula. Shahrul mengikutinya.
Ketika sudah sampai ke kaunter, dia terus mengemas barangnya dan simpan ke dalam beg, "Farah, aku balik early."
"Hey, you nak pergi mana? Kita belum habis berbual lagi."Shahrul menarik tangan Marissa.
"Okay! Yang makan dengan I tu Azhar. Kawan kerja I. Dulu dia classmate I. Abang Fauzie pun kenal dia. Anyway, he's married! I takda masa nak kacau laki orang. Asal? Jealous?"jelas Marissa yang masih marah.
"Then?"
"Tahu pun jealous. Yang you duduk dengan perempuan tu kat Starbucks sampai lupa yang you datang Mall tu dengan I tu, you fikir I tak jealous?"
Marissa terus meninggalkan Shahrul dan pergi ke tempat dia meletak kereta. Dia terus memandu tanpa tujuan. Dari cermin kereta dia melihat Shahrul mengekorinya. Marissa melajukan had keretanya. Marissa membelok ke satu lorong yang tiada banyak kenderaan. Shahrul masih mengekorinya. Kereta Shahrul kini sudah berada bersebelahan dengan kereta Marissa. Mereka kelihatan seperti sedang berlumba.
Shahrul melajukan lagi hadnya dan kemudian dia berjaya menghadang kereta Marissa dari terus bergerak. Marissa menekup mukanya di stereng kereta apabila dia berjaya dihadang oleh Shahrul di tepi jalan. Shahrul mengetuk kereta pintu Marissa.
"Sayang, please keluar."Shahrul masih mengetuk pintu keretanya.
Marissa mengalah dan keluar jua. Dia bersandar di pintu kereta.
"You percaya I kan? I tak sengaja buat macam tu semalam."
Marissa diam.
"Tadi I nampak you dengan lelaki tu, mestilah I jealous. Lagi-lagi bila dia suap you."Shahrul mengenggam tangan Marissa.
Marissa masih diam.
"Marissa please....."
"You nak break?"soal Marissa.
"Of course not! Please lah sayang. You nak hukum I anything I terima but please, not this."
Marissa tersenyum, "Cemburu kan tanda sayang. Takkan I nak hukum sayang I."
"You forgive me?"soal Shahrul minta kepastian.
Marissa hanya mengangguk dengan senyuman yang masih melekap di bibir. Shahrul juga akhirnya tersenyum dan Marissa mencium tangan Shahrul.
0 comments:
Post a Comment