Milikmu Kasih - Part 10



Bunyi ketukan di pintu yang kuat membingitkan telinga Fauzie, lantas dia bangun malas dan membuka pintu.


"Aik? Marissa kata kau ada hal. Dah settle?"Shahrul lah yang datang.


Shahrul menganggap itu sebagai sindiran untuknya tanpa mengetahui bahawa Marissa memang tidak memberitahu apa-apa pada Fauzie.


"Aku nak jumpa Marissa. Kejap jer. Boleh?"pinta Shahrul.


"Boleh, duduk lah dulu. Aku panggilkan dia kejap."pelawa Fauzie.


"Adik, adik. Shahrul datang ni dik."panggil Fauzie sambil mengetuk daun pintu bilik Marissa.


Marissa yang sedang memanjakan dirinya di atas katil berasa malas untuk membuka pintu. Hendak memanggil abangnya masuk, pintu dikunci dari dalam. Marissa tidak menghiraukan panggilan abangnya.


"Adik, Shahrul nak jumpa adik lah. Keluar lah."Fauzie geram apabila adiknya tidak memberi apa-apa respon terhadap panggilannya. Lagi-lagi apabila mendapati pintu bilik adiknya dikunci. Kerana semakin geram, Fauzie mengetuk pintu bilik Marissa dengan kuatnya. Shahrul yang sedang resah duduk di sofa, setia menanti.


Marissa semakin bingit dengan bunyi ketukan di pintu. Dia merengus! Dengan malasnya, dia membuka pintu bilik dengan kasar.


"Apasal bang?"soal Marissa geram.


"Shahrul nak jumpalah. Abang ketuk dari tadi tak nak buka."jawab Fauzie sambil kembali kepada sofa dan menonton rancangan Wrestling.


Marissa menjeling ke Shahrul yang sudah berdiri di tepi sofa dengan muka serba-salahnya, "You nak apa? Dah malam lah, I ngantuk!"


"I nak cakap dengan you kejap jer."


"Tak boleh nak cakap besok?"ucap Marissa kasar. Dia merengus lagi.


"Adik, apasal ni? Tak boleh nak cakap baik-baik?"Fauzie mencelah. Dia tidak suka melihat perangai Marissa begitu.


"Fauzie, takpalah, Marissa mengantuk tu."Shahrul membela Marissa.


"Kau jangan nak backing dia. Adik ni kenapa? Daripada tadi balik buat perangai. Apasal?"Fauzie memarahi adiknya.


"Takda apa-apalah lah bang. Kan adik ngantuk."Marissa masih lagi dengan alasannya.


"But still adik tak payah nak marah Shahrul macam gitu kan?"


"Abang ni bising lah! Dahlah Shahrul, tunggu I kat luar, cakap kat luar jer."Marissa semakin bingit. Shahrul hanya menurut.


"Kenapa mesti cakap kat luar?"Fauzie bersuara lagi.


"Abang, adik dengan Shahrul pun nak ada privacy. Takkan nak kasi abang dengar everything?"ucap Marissa dengan suara yang agak meninggi.


"You can talk. Tak payah nak tinggi-tinggikan suara."


Marissa yang semakin geram dengan abangnya menghilangkan diri ke dapur dan ke luar rumah bersama dua tin Nescafe sejuk.


Setelah berada agak jauh dari pintu, baru Marissa memberi Shahrul minuman itu.


"Thanks."


"You nak apa?"soal Marissa kasar.


"Sayang, I'm sorry!"mohon Shahrul.


"Stop it lah Shahrul. I saw everything!"


"I know. Tapi I tak sengaja. I terjumpa dia, dia ajak I minum. I terlupa yang I bawa you sekali."jelas Shahrul.


"Banyaknya you punya 'ter'. Memang semua lelaki sama ke?"


"Marissa please! I tak sengaja. I'm sorry!"


"Dahlah, I nak tidur. You baliklah. Kita bincang next time."


"Marissa please!"Shahrul meraih tangan Marissa. Marissa tersentuh.


"I ngantuk, Shahrul. Kita bincang next time, please. I promise!"


"Marissa......"


"I promise, babe."


Shahrul yang seakan-akan lega mendengar Marissa menyebutkan perkataan 'babe' yang ditujukan kepadanya terus berkata ia. Sebelum beredar, Shahrul mencium telapak tangan Marissa. Marissa yang sudah tidak sanggup menahan sebak lantas menarik tanggannya dan berlari masuk ke dalam rumah. Fauzie yang melihat, kebingungan.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment