Permindahan hati dari Shahrul ke Marissa telah berjaya dijalankan. Shahrul selamat. Hanya keadaan Marissa yang masih belum diketahui dan masih dipantau oleh Doktor. Namun Shahrul serba-salah kerana membuat keputusan tanpa berbincang dengan keluarganya. Dia tidak menyesal, cuma serba-salah.
Dua bulan Marissa koma dan sepanjang itu juga Shahrul menjadi pengunjung setia hospital. Walaupun keadaannya belum begitu stabil, dia tetap setia menemani Marissa sehingga gadis itu sedar. Penantiannya membuahkan hasil. Suatu petang, Marissa terjaga dari tidur panjangnya. Dadanya yang begitu pedih seakan lenyap apabila melihat muka Shahrul.
"Sayang, you dah sedar?"soal Shahrul sambil mengusap rambut Marissa.
"I..."
"Shhh , jangan banyak cakap. Nanti you penat,"bisik Shahrul.
"Air..."
"You nak air?"soal Shahrul. Bodoh betul *_^
Marissa mengelipkan matanya tanda dia mengangguk. Shahrul membantu Marissa. Menyandarkan gadis itu dan menolongnya untuk minum agar tidak tumpah. Shahrul tahu Marissa belum begitu sihat dan kuat walau untuk memegang segelas minuman.
"You nak apa-apa lagi?"soal Shahrul. Marissa hanya menggeleng perlahan.
"Nak I telefon kan Abang you?"soal Shahrul lagi. Marissa menggeleng lagi.
Shahrul tidak tahu hendak buat apa. Terasa kekok pula. Seperti baru mengenali Marissa yang kini berada di depan matanya. Tiba, Marissa menggenggam tangannya.
"Thanks.."ucap Marissa.
"Dah, jangan mention lagi, okay."balas Shahrul sambil tersenyum.
"I Love You."ucap Marissa lagi.
"I Love You too and it will last forever."balas Shahrul sambil mengucup dahi Marissa.
Shahrul tidak tahu hendak buat apa. Terasa kekok pula. Seperti baru mengenali Marissa yang kini berada di depan matanya. Tiba, Marissa menggenggam tangannya.
"Thanks.."ucap Marissa.
"Dah, jangan mention lagi, okay."balas Shahrul sambil tersenyum.
"I Love You."ucap Marissa lagi.
"I Love You too and it will last forever."balas Shahrul sambil mengucup dahi Marissa.
*****
Dua minggu kemudian Marissa dibebaskan pulang. Hari-hari Shahrul datang melawat Marissa. Walaupun sekejap, dia pasti akan datang menanyakan khabar Marissa. Hari ini, hari Sabtu. Shahrul tidak bekerja dan dia menghabiskan masanya di rumah Marissa. Begitu juga dengan Farisha. Mereka duduk di ruang tamu sambil makan waffer stick dan menonton televisyen.
"Adik, Abang nak cakap sikit. Adik pun dah semakin sihat kan, Abang ingat, dah lama sangat Abang tunang dengan Kak Farisha kau ni. Jadi..."
"Abang nak kahwin dengan Kak Farisha? Kahwin lah. Abang pun bukannya muda lagi."celah Marissa.
"Eh, Eh budak ni. Abang nak nikah kat masjid jer. Abang buat kecil-kecil, tak nak besar-besar."
"Lah?! Kenapa pula?"soal Marissa pelik. Sudah lama abangnya kumpul duit untuk hari pernikahannya. Mana pergi semua duitnya?
"Abang dah bincang dengan Kak Farisha dan keluarga. Mereka setuju. Lagipun duit abang, abang dah pakai untuk pembedahan Adik kelmarin."beritahu Fauzie.
Marissa sedih mendengarnya. Kerananya, Fauzie sanggup berkorban, "Abang, sorry kalau pasal adik..."
"Dah, yang lepas tu sudah okay. Abang akan nikah minggu depan."
*****
Hari ini, Fauzie dan Farisha selamat diijab kabulkan. Tidaklah sebesar mana tetapi didatangai oleh sahabat-handai serta keluarga dekat.
"Aku dan Farisha dah selamat dah. Kau dengan adik aku, bila pulak? Jangan nak main-mainkan dia ya!"pesan Fauzie.
"Tu lah, ingat hujung bulan ni, aku nak bawa dia jumpa mak dan bapak aku."beritahu Shahrul.
"Haah, baguslah kalau macam tu."
0 comments:
Post a Comment