Kini sudah hampir seminggu Shahrul meninggalkan dunia yang fana. Namun Marissa masih tidak dapat menerima pemergian Shahrul sepenuhnya. Masanya banyak dihabiskan di dalam bilik. Airmatanya tidak henti-henti mengalir. Marissa tidak mahu meratapi pemergian Shahrul tetapi rasa sedih di hatinya menguasai segala-galanya. Minggu hadapan, genap 17 bulan Marissa dan Shahrul bersama. Marissa semakin sedih mengenangkannya. Cadangnya hanya untuk meraihkannya seorang diri di Bottle Tree. Di mana Shahrul pertama kali 'melamar'nya.
*****
2 tahun kemudian...
"Puan Marissa, kami dah nampak kepala bayi. Teruskan Puan, teruskan..."beritahu Doktor Juwita.
Marissa melakukan seperti yang disuruh. Dia meneran dan terus meneran sehingga akhirnya kedengaran suara bayi lelakinya menangis untuk kali pertama. Marissa sama-sama melihat bayi yang diletakkan di atas dadanya bersama-sama suaminya di sebelah.
5 bulan Marissa cuba untuk melupakan Shahrul namun gagal. Shahrul kerap-kali hadir dalam mimpinya. Mungkin ingin mengubat rindu Marissa. Tiba-tiba seseorang hadir di dalam hidup Marissa. Sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk dirinya. Marissa memang tidak akan berbual dengan seseorang yang tidak dikenali. Tetapi kerana Farish sering memujuk hatinya, membuatkan Marissa sentiasa berasa dekat dengan Farish.
Mereka menjadi lebih rapat apabila mengetahui bahawa Farish adalah adik saudara Farisha yang sudah lama menetap di Florida kerana mengikuti Ibu dan Bapanya yang bekerja di sana. Kini mereka sekeluarga kembali menetap di Singapura kerana tugas Bapanya dialihkan kembali ke Singapura.
Setelah lebih kurang 6 bulan berkenalan, Ibu Farish, Puan Jannah datang merisik Marissa untuk Farish dan mereka diijab kabulakn 2 bulan kemudian.
Setelah dua bulan menikah, Marissa disahkan mengandung dan kini anak lelakinya sudah selamat lahir ke dunia.
"Abang dah ada nama untuk anak kita?"soal Marissa kepada suaminya. Dia kini sudah dapat melupakan Shahrul walaupun nama lelaki itu masih terpahat di hatinya.
"Belum. Abang nak Sayang Abang ni, pilih."jawab Farish sambil mengusap rambut Marissa.
"Sayang dah ada nama dah. Itu pun kalau Abang setuju."
"Hmm, apa dia?"soal Farish ingin tahu.
"Sayang nak namakan dia, Shahrul Amir."beritahu Marissa sambil menyusukan anaknya.
"Sayang tak namakan dia sebab kisah silam sayangkan?"wajah Farish tiba-tiba bertukar menjadi serius.
"Kalau Abang tak suka, kita pilih aja nama lain."suara Marissa diperlahankan.
"Abang tak cakap abang tak suka..."
"Habis tu, Abang setuju?"soal Marissa pantas dengan matanya yang dibesarkan.
Melihat Farish mengangguk, Marissa lantas menghadiakan ciuman mesra di pipi suaminya. Sejurus, itu dia terus mencium pipi anaknya yang baru lahir.
"Shahrul, anak Ayah."ucap Farish.
"Shahrul, anak Ibulah.."
"Anak kita...."bisik Farish romantis.
'Shahrul, walaupun you dah tak ada, dan i kini sudah sah menjadi milik Farish, ketahuilah bahawa you akan selalu berada di dalam hati I. Bahkan, kita sudah memang berkongsi hati sejak you dermakan setengah hati you untuk I. You pernah hadir dalam mimpi I dan beritahu mungkin sudah takdir kita begini dan hati dan cinta you hanya milik I seorang. I pasti sehingga you hembuskan nafas you yang terakhir, hati dan cinta you masih untuk I. Tapi kini, maafkan I. I sudah menjadi milik Farish dan sudah mempunyai anak yang I namakan atas nama you. Semoga dia menjadi pengubat rindu I untuk you...Dan sampai bila-bila, I akan tetap pegang kata-kata you bahawa hati dan cinta you hanya milik I seorang. I sentiasa doakan you disana. Semoga you tenang disana dan semoga kita bertemu lagi.'
TAMAT !
0 comments:
Post a Comment