Milikmu Kasih - Part 19



Marissa duduk di birai katil. Dia masih memikirkan Shahrul. Namun dia pasti bahawa dia telah membuat keputusan yang benar. Airmata Marissa tumpah dengan tiba-tiba. Dia memang tak akan mampu untuk melupakan Shahrul dalam masa yang terdekat ini. 


Marissa mencapai beberapa bingkai gambar yang terletak di sebelah katil. Gambar dirinya dan Shahrul di hari perkahwinan Fauzie menjadi tatapannya. Mereka bersedondon ungu. Selepas ini, tak dapatlah mereka bergambar bersama lagi.


Tiba-tiba telefon bimbit Marissa berbunyi. Marissa melihat nama si pemanggil : Abang Syg.


"Hello Abang, pukul berapa nak balik ni?"soal Marissa manja. Ingin menutup rasa sedihnya agar tidak dapat dikesan oleh Abang tersayang.


"Adik, datang hospital sekarang. Shahrul accident."beritahu Fauzie dengan pantas.


Marissa terkejut. Sungguh! Mungkin Fauzie sengaja ingin mengujinya.


"Abang tipu kan? Shahrul baru datang jumpa adik. Abang main-main kan?"ucap Marissa sambil tersenyum.


"Adik... Shahrul kat ICU. Harapan dia tipis dik. Datang sekarang."Fauzie mematikan talian.


Marissa menukar baju dan dengan pantas meninggalkan rumahnya. Dia membawa kereta dengan had laju yang berlebihan. Dua puluh minit kemudian, Marissa tiba dan menemui Fauzie dan Farisha.


"Macam mana Shahrul abang? Dia okey kan? Tak luka parah kan? Adik nak tengok dia, Abang."soal Marissa bertalu-talu.


"Adik, sabarlah ya. Family Shahrul ada kat dalam dan dia tak benarkan Abang atau Adik masuk ke dalam. Adik... adik kuatkan?"


"Kenapa bang? Shahrul mesti nak jumpa adik kan?"soal Marissa lagi. Suaranya sudah cukup untuk memberitahu bahawa dia sedang sebak.


"Shahrul dah takda dik...."beritahu Fauzie perlahan dan terus memeluk adiknya.


Marissa masih dalam keadaan terkejut. Dia sudah mula menangis teresak-esak. Semakin lama, tangisannya berlagu. Farisha yang berada di sebelah Fauzie turut mengalirkan airmata melihat adik iparnya menangis begitu. Farisha mengusap-usap belakang Marissa. Cuba menenangkan adik iparnya itu.


"SHAHRUL!!!!"jerit Marissa dengan tiba-tiba.


"Adik, tak baik macam gini dik."beritahu Fauzie.


Tiba-tiba, Marissa pengsan dan tidak sedarkan diri. Fauzie segera meminta bantuan jururawat yang kebetulan lalu dihadapan mereka.


*****

"I minta maaf kalau I ada lukakan hati you. Tapi I nak you tahu, I tak sengaja. Sungguh, sayang."beritahu Shahrul.

"I tahu, sebab tu I tak salahkan you."balas Marissa sambil tersenyum.

"Hmmm, baguslah. Sebelum I pergi, I nak you tahu yang hati I tetap milik you walaupun kita tidak ditakdirkan bersama. I pergi dulu, Selamat tinggal."Shahrul meminta diri.

Marissa memandang sepi tubuh Shahrul yang menghilang dari pandangan. Marissa tahu bahawa dia harus melepaskan kepergian Shahrul. Tiba-tiba, dia menjadi sedih dan dia ingin mendapatkan Shahrul. Marissa cuba menjejaki Shahrul tetapi tidak ketemu. Dia berlari-lari sambil memanggil nama Shahrul.

"Shahrul! Shahrul!"panggil Marissa tanpa rasa jemu.

"Marissa, Marissa, kenapa ni?"Farisha yang melihat Marissa asyik memanggil-manggil nama Shahrul dalam tidurnya mengejutkannya.

Marissa terjaga. Dia melihat di sekeliling. Dia berada di hospital. Hanya Farisha yang ada bersamanya. Mana Shahrul? Mana Fauzie? Perutnya tiba-tiba berbunyi tanda dia lapar.

"Adik lapar ke? Akak suapkan nasi ya? Adik tak makan dari semalam."beritahu Farisha.

Marissa hanya menurut kerana dia sudah telalu lapar. Sesuap, dua suap, dia berhenti menerima suapan dari Farisha.

"Shahrul tak datang tengok Mar ke kak?"soal Marissa.

"Marissa sayang.. Sabar ya.. Shahrul dah meninggal dik.. Mayatnya selamat dikebumikan tadi petang."beritahu Farisha.

Marissa diam. Benarkah? Tapi dia baru menemui Shahrul tadi. Dia teringat kata-kata Shahrul, "I pergi dulu, Selamat Tinggal."

Marissa menangis lagi.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment