Sebulan kemudian...
'Aku terima nikahnya Siti Nur Juliana Binte Jafar....'
Dua minggu Marissa menjauhkan diri dari Shahrul. Shahrul semakin runsing dan badannya susut. Kenapa disaat dia ingin mengecapi bahagia, ada sahaja 'puting beliung' yang menonjolkan diri. Puan Sofea yang kononnya ingin mengubati luka hati anak bujangnya itu, terus merancangkan perkahwinan anaknya itu dengan gadis pilihannya iaitu anak sahabat baiknya.
Shahrul tidak tahu apa-apa pun sehinggakan suatu hari, Fauzie mengucapkan tahniah melalui pesanan ringkas. Shahrul yang terpinga-pinga apabila diucap begitu, terus menelefon Fauzie. Fauzie memberitahu bahawa dia sudah pun menerima kad undangan dari Puan Sofea dan undangan itu untuk Hari Pernikahan Shahrul.
Ternyata hujung minggu ni adalah Hari Pernikahan Shahrul. Betapa Shahrul tidak menyangka bahawa emaknya akan membuat keputusan sampai begitu sekali tanpa berbincang apapun dengannya. Shahrul memang marah. Tapi sudah terlambat untuk dia membatalkannya. Mungkin sudah takdirnya.
Kini Shahrul, suami orang. Dia yakin, Marissa pasti membencinya. Cuma dia nekad. Dia ingin menemui Marissa malam itu. Di malam hari pernikahannya. Shahrul tidak mengendahkan isterinya yang sedang menyikat rambut di depan cermin. Dia langsung tidak merasakan keserian di bilik pengantin. Shahrul terus bangun dari atas katil dan mencapai kunci kereta dan bergegas keluar dari bilik. Emak dan Ibu Mertuanya yang sedang berbual mesra tersentak dengan bunyi tolakan pintu yang kasar.
"Kau nak ke mana Shahrul."
Shahrul tidak mengendahkan kata-kata emaknya dan terus berlalu pergi.
"Laki kau nak ke mana tu Ju?"
"Errr.. Kedai."
Shahrul terus masuk ke dalam kereta dan mula memusing-musingkan stereng kereta. Lima belas minit kemudian, dia sampai di rumah Marissa. Dia mengetuk pintu rumah Marissa dengan kuat sekali. Pintu terbuka dan kini Marissa berada di hadapannya. Marissa terpempan namun cepat-cepat dia sedar dan ingin menutup pintu tapi Shahrul segera menahan. Lama mereka bergelutan dan akhirnya Shahrul berjaya menahan pintu itu dari tertutup.
"You nak apa datang sini? Abang Fauzie takda!"ucap Marissa tanpa memandang Shahrul.
"Marissa..please maafkan I. Ini semua bukan kehendak I. I sayang you."
"Memang ni bukan kehendak you. Tapi ni kehendak-NYA. Redha sajalah Shahrul. You sekarang suami orang."kata Marissa dengan tenang.
"I tak cintakan dia langsung, sayang."Shahrul cuba memaut bahu Marissa namun Marissa mengelak dengan pantas.
"You suami orang Shahrul."lafaz Marissa tegas."...dan I takkan kacau suami orang Shahrul."sambung Marissa.
Shahrul tertunduk mendengar kata-kata Marissa. Melihat Shahrul hanya mendiamkan diri, Marissa terus ingin menutup pintu tetapi sekali lagi Shahrul menahan.
"Takkan tak ada lagi ruang untuk I dalam hati you?"soalan yang membuat Marissa sebak.
"Shahrul, hati you ada dalam hati I. Kita kongsi satu hati Shahrul dan I takkan pernah lupakan itu. Sekarang, I minta you balik pada isteri you. Jangan lupakan... Tapi belajarlah untuk sayang isteri you."sejurus itu, Marissa terus menutup pintu. Dia bersandar di belakang pintu sambil menangis teresak-esak.
Sedikit sebanyak, Shahrul puas hati dengan kata-kata yang Marissa ucapkan. Namun dia masih bingung. Shahrul masuk ke dalam kereta. Ingin meninggalkan rumah Marissa. Dia memandu tanpa arah tuju. Fikirannya masih bercelaru dan yang pasti rumahnya bukan tempat yang sesuai. Kerana kelalaian Shahrul memikirkan soal Marissa, dia tidak perasan bahawa ada kereta yang berada di hadapannya. Shahrul menekan pedal minyak namun ianya sudah terlambat. Shahrul merempuh kereta Honda berwarna hitam di hadapannya dan setelah itu, dia tidak ingat apa-apa.
0 comments:
Post a Comment