Milikmu Kasih - Part 17



"Mak, kenalkan, Marissa. Calon isteri Shahrul."Shahrul memperkenalkan Marissa kepada emaknya.


Marissa menghulurkan tangan, tanda ingin menyalami emak Shahrul dan sebagai tanda hormatnya. Tetapi Emak Shahrul, Puan Sofia memandang kosong tangan Marissa.


"Ikut Mak. Mak nak cakap dengan kau."


Shahrul mengikut emaknya ke dapur. Marissa ditinggalkan seorang diri di ruang tamu. Sebenarnya, Shahrul agak kurang senang dengan cara emaknya. Tapi, itu emaknya dan dia tidak berani melawan.


"Yang kau pandai-pandai bawa calon buat apa? Mak dah ada calon sendiri untuk kau!"beritahu Puan Sofia dengan niat untuk berbisik. Namun kerana suaranya yang kuat, dia sudah tidak lagi berbisik dan Marissa mendengarnya.


"Apa ni mak? Biarlah Shahrul pilih calon isteri Shahrul sendiri."


"Calon isteri yang kau pilih semua tak boleh diharap. Kau tengok calon isteri kau yang dulu tu, si Anis. Tak ada adab. Keluar merata-rata dengan baju yang tak cukup kain. Dedah sana, sini. Mak tak kira! Kau dengar cakap mak atau kau bukan lagi anak mak!"titik! Cakap Puan Sofia memang Shahrul tidak boleh nak bangkang.


Shahrul merengus dan meninggalkan Puan Sofia. Dia ingin mendapatkan Marissa. Marissa tiada. Shahrul yakin Marissa mendengar segala-galanya dan terus meninggalkan rumahnya. Shahrul mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah. Dia ingin mencari Marissa. Sebelum menaiki kereta, dia menelefon Marissa. Ada jawapan!


"Sayang, you kat mana?"soal Shahrul dengan nada cemasnya.


"Hmmm, entah. I jalan jer, pastu sekarang I sesat."


"Takkan you sesat? You cuba tengok sekeliling."


"Hmmm, I rasa I ada kat taman dekat dengan rumah mak you. Kat sini ada orang main skateboard."beritahu Marissa.


"Okay, you tunggu. I datang ambil you."


Talian dimatikan. Marissa sebaik mungkin menunjukkan bahawa dia tidak kisah jika harus berpisah dengan Shahrul. Shahrul menghantarnya pulang. Di dalam kereta, masing-masing hanya mendiamkan diri. Tiada yang berani menyentuh tentang perkara Puan Sofia. Marissa masih berlagak selamba walaupun dalam hatinya, dia menangis.


*****


"So, macam mana? Bila nak kahwin?"soal Fauzie sebaik Marissa dan Shahrul melabuhkan punggung mereka di sofa.


"Mak aku... Hmm... Mak aku..."tergagap-gagap Shahrul.


"Shahrul..."Marissa menepuk paha Shahrul, "I'm ready to be single."sambung Marissa dan terus berlalu masuk ke bilik dan menutup pintu.


Melihat Fauzie yang kebingungan, Shahrul menjelaskan segalanya. Walaupun dia sendiri tidak mampu untuk menelan keputusan pahit itu, dia tiada pilihan lain.


"I'm sorry, Bro."
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment