Cinta Dan Ego - Part 1


Lidya baru sahaja meninggalkan balai rakyat Yishun. Dia baru sahaja selesai membuat pementasan drama di situ bagi mengumpulakan dana untuk mereka-mereka yang kurang upaya. Alhamdulilah, kerana pementasannya tadi bersama rakan-rakan yang lain mendapat sambutan sehinggakan kehabisan tempat duduk yang memaksa mereka berdiri sambil menonton pementasan yang diberi tajuk Maafkanku Ibu.




Lidya duduk di depan Restoran Makanan Segera Mac Donald. Dia sedang menanti Danish yang belum keluar lagi dari membeli makanan di Mac Donald. Apa saja yang dibelinya.


"Okay, jom..."


"You beli apa sampai lama sangat? Bukannya ada orang ramai sangat dalam tu.."Lidya bersungut.


"Tak tahulah, dia orang yang lambat. Bukan I."Danish membela diri.


"Hmm, yelah tu."


"Dahlah jom. Dah nak dekat pukul 11.30 malam dah ni."beritahu Danish.


Danish, rakan sekolah dan juga rakan sepentasnya. Danish dan Lidya memang rapat dari kecil apatah lagi mereka berjiran. Sering bersama walaupun tidak pernah mempunyai perasaan istimewa di hati terhadap diri masing-masing.


Danish dan Lidya baru sahaja ingin memulakan langkah apabila nama Lidya dilaung.


"Lidya, balik dengan I."


Lidya berpaling demi melihat siapakah si gerangan yang memanggilnya. Lidya melihat Kamal sedang berjalan ke arahnya dan Danish. Lidya dengan segera membisik sesuatu di telinga Danish.


"I balik dengan Kamal. You balik dulu okay."bisik Lidya.


Danish hanya diam membisu dan terus melangkah pergi. Lidya membuat demikian kerana tidak mahu terjadinya pertengkaran mulut antaranya dan Kamal jika teman lelakinya itu melihatnya bersama Danish.


"Dah puas dating?"sindir Kamal.


"Apa you ni? I kan baru habis show drama. You pun datang kan tadi."Lidya sudah mula naik angin.


"I tahulah.. Gurau jer tadi. Dah, jom balik."Kamal menarik tangan Lidya agar seiringan dengannya. Dalam masa yang sama, cuba memujuk Lidya yang sudah mula naik angin.


"Nak gurau ada tempatnya. Tadi you datang tengok drama tu dengan siapa? I bagi you dua tiket free kan?"soal Lidya. Marahnya hanya pura-pura sahaja.


"I datang dengan Sheila. Ni pun tadi, I hantar dia balik dulu. Rumah dia ada dekat-dekat sini juga."beritahu Kamal.


Lidya pantas melepaskan tangannya dari pegangan Kamal tatkala mendengar nama Sheila. Sebaik mungkin dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia cemburukan Sheila dan Kamal. Lidya terus menggeledah beg sandangnya dan mengeluarkan tisu untuk mengelap wajahnya yang masih lagi berdandan sesuai dengan wataknya tadi. Dia berpeluh walaupun malam itu terasa sejuk.


Lidya menggeledah lagi begnya. Dia tidak hiraukan Kamal di sebelahnya. Lidya mengeluarkan sebatang rokok dan mula menyalakan api. Dia mula menghisap rokok tersebut. Kamal yang baru menyedari akan perbuatan Lidya, spontan mengeluarkan batang rokok yang Lidya biarkan di bibirnya.


"Apa you ni? You dah janji tak nak rokok lagi kan?"marah Kamal. Dia tidak suka Lidya merokok.


"Alah, bukan selalu. Hari ni, ni baru first batang."


"You dah janji dengan I kan?"


Mereka berdiri di hadapan lampu isyarat dan mula bertengkar.


"Eh, kalau I balik dengan Danish tadi, dia tak ada nak marah I kalau I rokok tau!"


"Sekarang ni, you dengan I atau Danish?"Kamal tidak berhenti memarahi Lidya.


"Memang I dengan you tapi kalau you tak suka, I tak paksa. I boleh balik sendiri!"


"Okay, fine!"Kamal terus meninggalkan Lidya dan menahan sebuah teksi.


Kamal terus menghilangkan diri ke dalam teksi dan kali ini dia benar-benar meninggalkan Lidya yang keseorangan di tengah malam itu.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment