Itulah Kamal dan inilah Lidya. Bercinta! Tetapi saling tidak sama pendapat. Masing-masing tidak mahu melepaskan satu sama lain kerana masih sama-sama mencintai.
Benarkan mereka bercinta? Bercinta tapi jarang sekali meluahkan 'I Love You' pada satu sama lain. Lidya ingin sekali menjadi seperti teman-temannya yang dibelai dengan kata-kata cinta oleh pasangan mereka. Kamal pula ingin Lidya yang memulakan. Ego lelakinya terlalu tebal. Dia sanggup lakukan apa saja asalakan dia mendapat cinta Lidya yang sebenar. Dia mahu Lidya mengucapkan 'I Love You' padanya.
*****
Setelah Kamal pergi, Lidya terus melangkah ke perhentian bas berdekatan. Lidya mengerling ke jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 12.15pagi. Masih sempat untuknya menaiki bas. Sedang Lidya menantikan bas yang ingin dinaiki tiba, sebuah teksi berhenti di hadapannya. Lidya tidak menghiraukan teksi tersebut. Yang difikirkan mungkin ada penumpang yang ingin turun di situ.
Kamal menurunkan cermin teksi. Dia ingin memanggil Lidya masuk ke dalam teksi tetapi Lidya pura-pura tidak melihatnya. Lantas Kamal keluar dan menarik Lidya masuk. Lidya hanya menurut kerana yang sebenarnya, dia ketakutan keseorangan di situ.
"Kalau you nak tidur, tidur dulu lah. Nanti dah sampai I kejut you."beritahu Kamal sewaktu teksi sudah mula bergerak.
Lidya tidak membalas. Dia terus memejamkan mata. Matanya perlu direhatkan walaupun sekejap. Dua puluh minit kemudian, Kamal mengejutkannya. Kamal melunaskan tambang teksi dan dia menghantar Lidya hingga ke muka pintu. Setelah memastikan Lidya sudah selamat di dalam rumah barulah Kamal beredar pulang.
*****
Lidya siap mengemas buku-buku sekolahnya. Rakan sekelasnya sudah lama meninggalkan kelas. Tinggal dia seorang sahaja. Kamal dan kawan sekumpulannya sudah menantinya di studio yang selalu mereka sewa untuk menyanyi.
Kamal dan Lidya, Razi dan Iffah, Aniq dan Qistina serta Farhan dan Nurul. Mereka cukup terkenal di sekolah sebagai The Best Couple Group. Mereka juga terkenal di sekolah sebagai kumpulan yang pandai menyanyi. The Best Couple Group juga sering kali membuat persembahan. Masing-masing mempunyai suara yang berbakat dan tidak lokek untuk berkongsi.
Ketika Lidya tiba di studio, Iffah, Qistina dan Nurul sedang sibuk menyiapkan alat musik masing-masing. Iffah sebagai bassist, Nurul sebagai guitarist, Qistina sebagai drummer dan Lidya sebagai penyanyi. Kamal, Razi, Aniq dan Farhan pula duduk berbual-bual di satu sudut.
Lidya pantas meletakkan barang-barangnya di satu sudut dan mempersiapkan diri untuk menyanyi. Dia baru ingin mulakan nyanyian pertamanya iaitu, Takkan Pisah dari Eren apabila Kamal mula bersuara.
"Aku keluar dulu lah. Ada janji nak jumpa Sheila. Bye."
"I jumpa Sheila dulu okay."Kamal memberitahu Lydia. Dia sengaja ingin menyakiti hati Lydia.
Lydia hanya mengangguk dan apabila Kamal sudah beredar, dia tidak jadi menyanyi. Sedaya-upaya Lydia menahan cemburu yang mula menular.
0 comments:
Post a Comment