Danish dan Lydia bergandingan di atas pentas sambil melakonkan dari satu babak ke satu babak yang lain. Mata Kamal terasa sakit apabila babak Lydia dan Danish menari di atas pentas sambil berpegangan dan berpelukan. Terasa menyesal pula mengikuti sesi lathan drama Lydia. Kamal lantas mengajak Sheila keluar untuk membasahkan tekak.
Lydia langsung tidak menyedari bahawa Kamal sudah meninggalkan bilik latihannya. Dia terlalu tumpukan lakonannya. Sekarang ini, Lydia sedang berehat sebentar. Matanya melilau dari atas pentas mencari Kamal. Lydia berjalan sehingga ke hujung pentas. Jikalau dia membuka satu langkah lagi, dia akan jatuh dari atas pentas yang kira-kira 100 meter tinggi.
Tiba-tiba kaki Lydia tersandung botol minuman dan dalam sekelip mata dia sudah berada di bawah pentas. Danish dan semua pelakon yang lain menerpa ke arah Lydia yang sudah terbaring di atas lantai sambil memegang kepala dan kakinya dan meraung kesakitan.
"Danish, cepat bawa Lydia pergi hospital. Nanti aku panggilkan teksi."beritahu salah seorang rakan Danish yang turut sama berlakon, Farid.
Tanpa banyak bicara, Danish terus mengendong Lydia dan dibawa keluar. Danish segera mengikuti Farid yang sedang berlari-lari untuk mendapatkan teksi. Tidak sampai lima minit, Danish dan Lydia sudah pun berada di dalam perut teksi. Lydia masih meraung kesakitan.
Farid berjalan ingin kembali ke bilik latihan drama. Ketika itu juga, dia bertembung dengan Kamal dan Sheila yang sedang berbual mesra. Kamal terus menyapa Farid.
"Hey Farid. Latihan dah habis ke?"
"Belum. Tadi Lydia jatuh pentas. Aku tahankan teksi tadi. Danish dah bawa dia pergi hospital. Teruk sangat kot sebab dia tak boleh nak jalan."
Mata Kamal terus membutang. Teruk sangatkah? Macam mana boleh jatuh? Sekarang ini bagaimana? Macam-macam soal menerpa ke minda Kamal. Di terus meninggalkan Farid dan Sheila dan ingin ke hospital. Sheila agak terasa hati tetapi dia sedar bahawa dia bukan seorang yang istimewa di hati Kamal.