Cinta Dan Ego - Part 5


Lydia keluar dari hospital dengan bertongkat. Tidak sangka begitu teruk dirinya cedera. Di sebelah kanan, ada Kamal yang membawa begnya dan di sebelah kiri, kakak Lydia, Lisda Alya membantunya yang masih terkial-kial menggunakan tongkat kaki.Lisda kini sudah mula bekerja kerana minatnya dalam pelajaran sudah tiada.


Mereka bertiga berhenti di perhentian teksi di hadapan hospital. Kamal menyerahkan beg Lydia kepada Lisda.


"Nanti I jumpa you dekat rumah you,"beritahu Kamal.


"You tak naik teksi sekali?"soal Lydia. Kamal menggeleng.


"Ingat semalam I SMS you yang I ada surprise untuk you?"soal Kamal pula. Lydia mengangguk.


"I....dah lulus lesen motor! Motor pun I dah dapat. Hadiah Umi dan Ayah I,"beritahu Kamal dengan ceria.


"Congrats." Hanya itu yang terucap di bibir Lydia.


"Haah, dah ada motor tu, kalau nak bawak adik aku jalan-jalan, hati-hati. Jadi apa-apa nanti, terus aku tak bagi kau bawak dia keluar dah,"sampuk Lisda.


Lisda adalah kakak Lydia yang lebih tua sepuluh bulan. Lisda dan Lidya dilahirkan pada tahun yang sama tetapi berbeza bulan. Mereka bukan kembar. Lidya hanya dilahirkan setelah sepuluh bulan Lisda lahir. Kerana itu, Lisda senang berbual dengan Kamal dan Lidya secara 'Aku' dan 'Kau'.


"Takkanlah aku nak apa-apa yang buruk terjadi kat Lidya. Aku kan sayang dia."


Lydia spontan mengerling ke arah Kamal. Sayang? Jarang sekali Kamal ungkapkan kepadanya. Lantas, Lydia selalu sahaja ragu dengan kata-kata sayang Kamal. Tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia amat sayangkan Kamal.


"Teksi dah sampai!"beritahu Lisda.


Kamal mengengdong Lydia masuk ke teksi kerana tongkatnya sudah Lisda simpan di boot teksi. Lydia hanya membisu. Dia asyik memikirkan tentang kata Sayang Kamal. Dahinya yang masih berbalut ditekan kuat apabila terasa sakit. Mungkin dia terlalu memikirkan sangat.







*****



Lydia berehat di dalam bilik. Mama,Papa, Lisda dan abangnya, Luqman sibuk di luar melayan Kamal. Macamlah Kamal tetamu yang tak selalu mereka layan. Detik hati Lydia.


"Oi, termenung apa tu? Kamal dah nak balik tu,"tegur Lisda.


"Huh? Oh, oh. Cakap bye dekat dia."


"Cakap bye? Dia nak jumpa kau dulu lah."


"Nak jumpa? Takkan nak suruh dia masuk? Nanti mama dan papa ingat apa pulak," bantah Lydia. Sebenarnya, dia tidak mahu jumpa Kamal.


"Dah kau tahu yang dia tak boleh nak masuk dalam bilik, kau keluarlah jumpa dia. Tak akanlah aku nak dokong kau dan bawak kau keluar? Engkau tu kalau ringan tak apalah jugak."ngomel Lisda.


"Lisda, kalau tak membebel macam Mama boleh? And Lisda, Lydia taklah berat mana okay!"tegas Lydia sambil terkial-kial keluar meninggalkan bilik.


Perlahan-lahan Lydia melangkah ke arah Kamal yang bersendirian di ruang tamu. Mungkin yang lain sudah beredar ke bilik masing-masing. Lydia duduk menghadap Kamal.


"Err, Lisda kata, you dah nak balik."


"Hmmm.."


"Take Care."


"Okay, Bye. You pun take care tau. Kalau ada apa-apa just give me a call,"beritahu Kamal sambil menepuk-nepuk bahu Lydia. Kemudian dia beredar.


Itulah kali pertama yang Lydia rasakan, Kamal begitu manis dan ambil berat terhadap dirinya. Kelakuan Kamal tadi benar-benar membuat hatinya tersentuh. Tetapi mampukah perasaan itu terus kekal jika Sheila selalu ada di antara mereka?
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment