Lydia mendapat cuti sakit selama dua minggu. Kini baru seminggu waktu cuti sakitnya berlalu. Lydia sudah kebosanan di rumah walaupun teman-temannya ada yang datang menjenguk lebih-lebih lagi Kamal yang setiap hari melepak di rumah Lydia selepas kuliah dan hanya akan pulang pada lewat malam. Ahli keluarga Lydia tidak keberatan akan kehadiran Kamal apatah lagi Kamal dan Lydia sudah 'berkawan' selama dua setengah tahun. Kamal pula sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Malah kedatangannya amat dialu-alukan keluarga Lydia.
Keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Walaupun sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki, tetapi ketika berjalan, Lydia masih perlu berpaut pada sesuatu. Kamal selalu membantu Lydia. Ahli keluarga Lydia yang lain sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk membantunya berjalan semula dengan betul kecuali Kamal dan Mamanya.
Kamal tiba di rumah Lydia jam dua petang. Ketika itu Lydia sedang menonton televisyen di ruang tamu berseorangan. Mereka bersapa sebentar dan kemudian sepi semula sambil menonton rancangan Barney di saluran TV Okto.
"Mama you tak ada ke?"Kamal bersuara.
"Tak. Mama keluar pergi rumah kawan dia. Tengok chocolates,"jawab Lydia.
"Oh ya, Mama ada masak sambal sotong dengan ayam black pepper. Mama cakap, kalau you nak makan, makanlah,"sambung Lydia lagi.
"Hmmm, sedap tu. Nanti I nak makanlah. Kartun Barney ni habis sekejap lagi kan? Dah habis nanti baru I makanlah."
"Kenapa nanti?"soal Lydia hairan. Bolehkah tangguh-tangguhkan waktu makan?
"Sebab, kalau I makan nanti, you pun boleh temankan I makan sekali,"jawab Kamal sambil mengeyitkan matanya. Lydia hanya memberikan senyuman.
Begitulah Lydia dan Kamal. Angin mereka bertukar-tukar. Mereka lebih mesra apabila berdua sahaja. Tapi di luar, mereka seperti sahabat biasa saja. Dan bila angin ego masing-masing sedang menyemarak, langsung tidak bertegur sapa.
Sepuluh minit kemudian, rancangan Barney beransur selesai. Lydia menakan punat kawalan jauh untuk mematikan televisyen.
"Nak makan tak?"soal Lydia mintak kepastian. Kamal hanya mengangguk.
Lydia terus bangun dari sofa. Sambil berpautkan dinding serta kerusi dan meja, Lydia bergerak menuju ke dapur untuk memanaskan makanan.Lauk sedang menidih ketika Kamal masuk dapur lima minit kemudian,"Hmmm, sedapnya bau. You makan sekali tak?"
Lydia menggeleng.
"Kenapa tak?"soal Kamal.
"Tadi I dah makan. Dah makan ubat sekali,"jelas Lydia.
"Tadi? Tadi tu pukul berapa?"
"Errr, pukul dua belas tengah hari, kalau tak silap. Takpalah. Kalau you nak makan, i boleh temankan,"beritahu Lydia lagi.
Kamal hanya diam dan kemudian keluar dari dapur dan mengambil tempat di meja makan yang terletak di hadapan bilik. Lydia menyendukkan nasi ke pinggan dan beberapa lauk-pauk. Dia menuangkan air coke yang sudah ada di dalam peti ais dan menghidangkannya di meja makan. Sedang Kamal menikmati lauk-pauk yang ada, Mama Lydia muncul di muka pintu.
"Eh, Kamal. Dah lama sampai ke? Aunty pergi rumah kawan aunty tadi. Dia baru bukak business chocolate dia. Kalau Kamal nak order chocolates dia untuk apa-apa, boleh bagitau aunty. Nanti aunty tolong orderkan,"Mama Lydia sibuk bercerita. Kamal menjadi pendengarnya dan hanya menyampuk bila perlu sahaja.
Lydia terus masuk ke dalam bilik, apabila sudah ada Mamanya yang melayan Kamal. Dia baring di atas katil. Mula memikirkan tentang hubungannya dan Kamal. Adakah penghujungnya? Dua tahun dahulu mungkin mereka memang belangkas. Tapi kini, jika Kamal ke hulu, Lydia pula akan ke hilir. Lydia menyerahkan semua pada takdir.

*****

0 comments:
Post a Comment