Cinta Dan Ego - Part 7



Setelah dua minggu berehat di rumah, kini keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki dan dia sudah pun kembali ke kuliahnya seperti biasa. Cara Lydia berjalan, masih lagi tempang, tetapi dengan pertolongan Kamal, Lydia tidak mempunyai banyak masalah.


Kamal banyak membantu. Menghantar serta menjemput Lydia pergi dan pulang dari kuliahnya. Makan dan minum Lydia juga dijaga. Lydia kelihatan seperti dikongkong tetapi sebenarnya tidak.


Kamal kini mengutamakan keselamatan Lydia. Masanya banyak terluang hanya untuk Lydia. Setiap hari sebelum ke kuliah, Kamal akan meninggalkan motornya di kawasan perumahan Lydia dan ke kuliah bersama Lydia dengan menaiki teksi. Alasannya, takut Lydia tercedera lagi. Apatah lagi Kamal baru sahaja mendapat lesen.


Malam itu, selepas kuliah, setelah puas dipujuk oleh rakan-rakan yang lain, barulah Kamal dan Lydia turut menyertai mereka makan malam di luar. Mereka makan malam di Restoran AA. Sambil menunggu makanan masing-masing untuk dihidangkan, mereka berbual kosong.


"Lama tak lepak dengan kau kan Lydia,"tegur Razi.


"Yalah. Kau pun tahu kan tentang incident tu. Dah semakin baik, dah boleh masuk sekolah balik ni pun dah kira okay apa?"


"Alah, lagipun kan ada Mr Hero yang tolong jaga. Mestilah cepat sembuh. Betul tak Lydia?"sakat Iffah pula.


Lydia hanya diam sambil tersenyum. Begitu juga dengan Kamal. Rakan-rakan yang lain pula tidak henti-henti menyakat Lydia dan Kamal. Apa jua yang mereka sakatkan, Lydia dan Kamal hanya diam dan senyum.


"Untung kau Lydia. Kalau dah bersatu nanti, Kamal mesti jaga kau dengan seluruh nyawa dia,"seloroh Aniq pula.


"Dahlah tu. Merah sudah muka Lydia tu. Korang ni pun nak bergurau tak agak-agak,"tegur Qistina.


Lima minit kemudian, semua makanan dan minuman sudah siap dihidang. Mereka menikmati makanan dengan berselera sekali. Sebentar kemudian, dilihat Kamal dan Lydia bersuapan.


"Adoi, romantiknya. Tak macam si Farhan ni. Aku pun dia tak pernah suap. Haha!"tegur Nurul.


"Apa yang romantik? Kamal nak rasa makanan aku. Aku pula, nak rasa makanan dia. Apalah kau ni."


"Dah, dah. Nak makan, diam. Tak mau berbual. Faham?"beritahu Aniq seperti seorang guru memberi tugasan kepada anak muridnya.


Setelah itu, kesemuanya diam sambil menikmati makanan masing-masing. Lydia dan Kamal sudah tidak bersuapan. Sepuluh minit kemudian, mereka semua selesai makan. Tetapi masih memanaskan punggung masing-masing di atas kerusi restoran.


"Lydia, kau rasa dalam lagi seminggu, kaki kau tu dah baik sepenuhnya belum?"soal Razi.


"Kalau dalam lagi seminggu, Insya-ALLAH lah. Kenapa?"balas Lydia.


"Takdalah. Aku ingat kita semua boleh pergi camping ke di Pulau Ubin. Kita pun dah lama tak buat aktiviti macam gini kan? Apa pendapat korang?"cadang Razi.


"Aku takda hal,"beritahu Farhan.


"Aku pun takda hal,"beritahu Aniq pula.


"Korang okay tak? Tadi aku dah discuss dengan Iffah, Iffah no problem,"soalan dituju kepada Nurul dan Qistina serta Lidya dan Kamal.


"Kita okay,"balas Nurul dan Qistina serentak.


"Aku pun okay. Tapi Lidya aku tak tahulah. Nak kena tanya Mama dan Papa dia dahulu. Apapun, nanti aku confirm lagi,"beritahu Kamal.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment