Cinta Dan Ego - Part 7



Setelah dua minggu berehat di rumah, kini keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki dan dia sudah pun kembali ke kuliahnya seperti biasa. Cara Lydia berjalan, masih lagi tempang, tetapi dengan pertolongan Kamal, Lydia tidak mempunyai banyak masalah.


Kamal banyak membantu. Menghantar serta menjemput Lydia pergi dan pulang dari kuliahnya. Makan dan minum Lydia juga dijaga. Lydia kelihatan seperti dikongkong tetapi sebenarnya tidak.


Kamal kini mengutamakan keselamatan Lydia. Masanya banyak terluang hanya untuk Lydia. Setiap hari sebelum ke kuliah, Kamal akan meninggalkan motornya di kawasan perumahan Lydia dan ke kuliah bersama Lydia dengan menaiki teksi. Alasannya, takut Lydia tercedera lagi. Apatah lagi Kamal baru sahaja mendapat lesen.


Malam itu, selepas kuliah, setelah puas dipujuk oleh rakan-rakan yang lain, barulah Kamal dan Lydia turut menyertai mereka makan malam di luar. Mereka makan malam di Restoran AA. Sambil menunggu makanan masing-masing untuk dihidangkan, mereka berbual kosong.


"Lama tak lepak dengan kau kan Lydia,"tegur Razi.


"Yalah. Kau pun tahu kan tentang incident tu. Dah semakin baik, dah boleh masuk sekolah balik ni pun dah kira okay apa?"


"Alah, lagipun kan ada Mr Hero yang tolong jaga. Mestilah cepat sembuh. Betul tak Lydia?"sakat Iffah pula.


Lydia hanya diam sambil tersenyum. Begitu juga dengan Kamal. Rakan-rakan yang lain pula tidak henti-henti menyakat Lydia dan Kamal. Apa jua yang mereka sakatkan, Lydia dan Kamal hanya diam dan senyum.


"Untung kau Lydia. Kalau dah bersatu nanti, Kamal mesti jaga kau dengan seluruh nyawa dia,"seloroh Aniq pula.


"Dahlah tu. Merah sudah muka Lydia tu. Korang ni pun nak bergurau tak agak-agak,"tegur Qistina.


Lima minit kemudian, semua makanan dan minuman sudah siap dihidang. Mereka menikmati makanan dengan berselera sekali. Sebentar kemudian, dilihat Kamal dan Lydia bersuapan.


"Adoi, romantiknya. Tak macam si Farhan ni. Aku pun dia tak pernah suap. Haha!"tegur Nurul.


"Apa yang romantik? Kamal nak rasa makanan aku. Aku pula, nak rasa makanan dia. Apalah kau ni."


"Dah, dah. Nak makan, diam. Tak mau berbual. Faham?"beritahu Aniq seperti seorang guru memberi tugasan kepada anak muridnya.


Setelah itu, kesemuanya diam sambil menikmati makanan masing-masing. Lydia dan Kamal sudah tidak bersuapan. Sepuluh minit kemudian, mereka semua selesai makan. Tetapi masih memanaskan punggung masing-masing di atas kerusi restoran.


"Lydia, kau rasa dalam lagi seminggu, kaki kau tu dah baik sepenuhnya belum?"soal Razi.


"Kalau dalam lagi seminggu, Insya-ALLAH lah. Kenapa?"balas Lydia.


"Takdalah. Aku ingat kita semua boleh pergi camping ke di Pulau Ubin. Kita pun dah lama tak buat aktiviti macam gini kan? Apa pendapat korang?"cadang Razi.


"Aku takda hal,"beritahu Farhan.


"Aku pun takda hal,"beritahu Aniq pula.


"Korang okay tak? Tadi aku dah discuss dengan Iffah, Iffah no problem,"soalan dituju kepada Nurul dan Qistina serta Lidya dan Kamal.


"Kita okay,"balas Nurul dan Qistina serentak.


"Aku pun okay. Tapi Lidya aku tak tahulah. Nak kena tanya Mama dan Papa dia dahulu. Apapun, nanti aku confirm lagi,"beritahu Kamal.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 6


Lydia mendapat cuti sakit selama dua minggu. Kini baru seminggu waktu cuti sakitnya berlalu. Lydia sudah kebosanan di rumah walaupun teman-temannya ada yang datang menjenguk lebih-lebih lagi Kamal yang setiap hari melepak di rumah Lydia selepas kuliah dan hanya akan pulang pada lewat malam. Ahli keluarga Lydia tidak keberatan akan kehadiran Kamal apatah lagi Kamal dan Lydia sudah 'berkawan' selama dua setengah tahun. Kamal pula sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Malah kedatangannya amat dialu-alukan keluarga Lydia.


Keadaan kaki Lydia sudah semakin pulih. Walaupun sudah tidak perlu menggunakan tongkat kaki, tetapi ketika berjalan, Lydia masih perlu berpaut pada sesuatu. Kamal selalu membantu Lydia. Ahli keluarga Lydia yang lain sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk membantunya berjalan semula dengan betul kecuali Kamal dan Mamanya.


*****


Kamal tiba di rumah Lydia jam dua petang. Ketika itu Lydia sedang menonton televisyen di ruang tamu berseorangan. Mereka bersapa sebentar dan kemudian sepi semula sambil menonton rancangan Barney di saluran TV Okto.


"Mama you tak ada ke?"Kamal bersuara.


"Tak. Mama keluar pergi rumah kawan dia. Tengok chocolates,"jawab Lydia.


"Oh ya, Mama ada masak sambal sotong dengan ayam black pepper. Mama cakap, kalau you nak makan, makanlah,"sambung Lydia lagi.


"Hmmm, sedap tu. Nanti I nak makanlah. Kartun Barney ni habis sekejap lagi kan? Dah habis nanti baru I makanlah."


"Kenapa nanti?"soal Lydia hairan. Bolehkah tangguh-tangguhkan waktu makan?


"Sebab, kalau I makan nanti, you pun boleh temankan I makan sekali,"jawab Kamal sambil mengeyitkan matanya. Lydia hanya memberikan senyuman.


Begitulah Lydia dan Kamal. Angin mereka bertukar-tukar. Mereka lebih mesra apabila berdua sahaja. Tapi di luar, mereka seperti sahabat biasa saja. Dan bila angin ego masing-masing sedang menyemarak, langsung tidak bertegur sapa.


Sepuluh minit kemudian, rancangan Barney beransur selesai. Lydia menakan punat kawalan jauh untuk mematikan televisyen.


"Nak makan tak?"soal Lydia mintak kepastian. Kamal hanya mengangguk.


Lydia terus bangun dari sofa. Sambil berpautkan dinding serta kerusi dan meja, Lydia bergerak menuju ke dapur untuk memanaskan makanan.Lauk sedang menidih ketika Kamal masuk dapur lima minit kemudian,"Hmmm, sedapnya bau. You makan sekali tak?"


Lydia menggeleng.


"Kenapa tak?"soal Kamal.


"Tadi I dah makan. Dah makan ubat sekali,"jelas Lydia.


"Tadi? Tadi tu pukul berapa?"


"Errr, pukul dua belas tengah hari, kalau tak silap. Takpalah. Kalau you nak makan, i boleh temankan,"beritahu Lydia lagi.


Kamal hanya diam dan kemudian keluar dari dapur dan mengambil tempat di meja makan yang terletak di hadapan bilik. Lydia menyendukkan nasi ke pinggan dan beberapa lauk-pauk. Dia menuangkan air coke yang sudah ada di dalam peti ais dan menghidangkannya di meja makan. Sedang Kamal menikmati lauk-pauk yang ada, Mama Lydia muncul di muka pintu.


"Eh, Kamal. Dah lama sampai ke? Aunty pergi rumah kawan aunty tadi. Dia baru bukak business chocolate dia. Kalau Kamal nak order chocolates dia untuk apa-apa, boleh bagitau aunty. Nanti aunty tolong orderkan,"Mama Lydia sibuk bercerita. Kamal menjadi pendengarnya dan hanya menyampuk bila perlu sahaja.


Lydia terus masuk ke dalam bilik, apabila sudah ada Mamanya yang melayan Kamal. Dia baring di atas katil. Mula memikirkan tentang hubungannya dan Kamal. Adakah penghujungnya? Dua tahun dahulu mungkin mereka memang belangkas. Tapi kini, jika Kamal ke hulu, Lydia pula akan ke hilir. Lydia menyerahkan semua pada takdir.
Category: 0 comments

Cinta Dan Ego - Part 5


Lydia keluar dari hospital dengan bertongkat. Tidak sangka begitu teruk dirinya cedera. Di sebelah kanan, ada Kamal yang membawa begnya dan di sebelah kiri, kakak Lydia, Lisda Alya membantunya yang masih terkial-kial menggunakan tongkat kaki.Lisda kini sudah mula bekerja kerana minatnya dalam pelajaran sudah tiada.


Mereka bertiga berhenti di perhentian teksi di hadapan hospital. Kamal menyerahkan beg Lydia kepada Lisda.


"Nanti I jumpa you dekat rumah you,"beritahu Kamal.


"You tak naik teksi sekali?"soal Lydia. Kamal menggeleng.


"Ingat semalam I SMS you yang I ada surprise untuk you?"soal Kamal pula. Lydia mengangguk.


"I....dah lulus lesen motor! Motor pun I dah dapat. Hadiah Umi dan Ayah I,"beritahu Kamal dengan ceria.


"Congrats." Hanya itu yang terucap di bibir Lydia.


"Haah, dah ada motor tu, kalau nak bawak adik aku jalan-jalan, hati-hati. Jadi apa-apa nanti, terus aku tak bagi kau bawak dia keluar dah,"sampuk Lisda.


Lisda adalah kakak Lydia yang lebih tua sepuluh bulan. Lisda dan Lidya dilahirkan pada tahun yang sama tetapi berbeza bulan. Mereka bukan kembar. Lidya hanya dilahirkan setelah sepuluh bulan Lisda lahir. Kerana itu, Lisda senang berbual dengan Kamal dan Lidya secara 'Aku' dan 'Kau'.


"Takkanlah aku nak apa-apa yang buruk terjadi kat Lidya. Aku kan sayang dia."


Lydia spontan mengerling ke arah Kamal. Sayang? Jarang sekali Kamal ungkapkan kepadanya. Lantas, Lydia selalu sahaja ragu dengan kata-kata sayang Kamal. Tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia amat sayangkan Kamal.


"Teksi dah sampai!"beritahu Lisda.


Kamal mengengdong Lydia masuk ke teksi kerana tongkatnya sudah Lisda simpan di boot teksi. Lydia hanya membisu. Dia asyik memikirkan tentang kata Sayang Kamal. Dahinya yang masih berbalut ditekan kuat apabila terasa sakit. Mungkin dia terlalu memikirkan sangat.







*****



Lydia berehat di dalam bilik. Mama,Papa, Lisda dan abangnya, Luqman sibuk di luar melayan Kamal. Macamlah Kamal tetamu yang tak selalu mereka layan. Detik hati Lydia.


"Oi, termenung apa tu? Kamal dah nak balik tu,"tegur Lisda.


"Huh? Oh, oh. Cakap bye dekat dia."


"Cakap bye? Dia nak jumpa kau dulu lah."


"Nak jumpa? Takkan nak suruh dia masuk? Nanti mama dan papa ingat apa pulak," bantah Lydia. Sebenarnya, dia tidak mahu jumpa Kamal.


"Dah kau tahu yang dia tak boleh nak masuk dalam bilik, kau keluarlah jumpa dia. Tak akanlah aku nak dokong kau dan bawak kau keluar? Engkau tu kalau ringan tak apalah jugak."ngomel Lisda.


"Lisda, kalau tak membebel macam Mama boleh? And Lisda, Lydia taklah berat mana okay!"tegas Lydia sambil terkial-kial keluar meninggalkan bilik.


Perlahan-lahan Lydia melangkah ke arah Kamal yang bersendirian di ruang tamu. Mungkin yang lain sudah beredar ke bilik masing-masing. Lydia duduk menghadap Kamal.


"Err, Lisda kata, you dah nak balik."


"Hmmm.."


"Take Care."


"Okay, Bye. You pun take care tau. Kalau ada apa-apa just give me a call,"beritahu Kamal sambil menepuk-nepuk bahu Lydia. Kemudian dia beredar.


Itulah kali pertama yang Lydia rasakan, Kamal begitu manis dan ambil berat terhadap dirinya. Kelakuan Kamal tadi benar-benar membuat hatinya tersentuh. Tetapi mampukah perasaan itu terus kekal jika Sheila selalu ada di antara mereka?
Category: 0 comments