Posted by
Shaheera Nur
"Assalamualaikum...."
"Waalaikumsalam. Eh Lydia, cepat balik. Katanya esok baru balik? Baru pergi tadi petang, malam dah balik? Kamal mana? Dia tak hantar Lydia balik ke?"Puan Lisa menjawab salam dan terus bertanya bertalu-talu.
'Mesti nak kena tanya pasal Kamal! Kalau tak tanya, tak boleh ke? Menyampah.. .!'gerutu hati Lydia.
Dia tidak menjawab satu pun pertanyaan Mamanya dan terus menghilangkan diri ke dalam bilik.
"Aik? Cepatnya Lydia balik? Mama kata Lydia pergi Pulau Ubin tadi,"soal Lisda pula.
"Takda mood!" Soalan Lisda, Lydia tiada masalah untuk menjawabnya. Tetapi soalan Mamanya, dibiarkan lalu sahaja. Kerana Lydia tahu bahawa Mamanya akan menyalahkannya dan membela Kamal.
"Kenapa pulak ni? Haaah!! Lisda tahu, Lydia gaduh dengan Kamal kan?"
"Dah tahu, buat apa tanya?"Lydia geram.
"Relaks lah. Apa dah jadi?"soal Lisda serius kerana tidak mahu membangkitkan marah adiknya.
"Tak mau ceritalah. Buat sakit hati!"sejurus selepas menghabiskan ayatnya, Lydia merebahkan diri ke atas katil dan menutup mukanya dengan bantal dan terlena.
2 jam kemudian...
Lydia terjaga. Lisda dilihat sedang leka membaca novel. Kemudian dicapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Ada beberapa 'missed call' tetapi Lydia hanya membiarkan sahaja.Lydia keluar dari bilik untuk mendapatkan segelas air. Tekaknya teringin dibasahkan. Perutnya juga minta diisi. Tiada sesiapa di ruang tamu. Pastinya sudah masuk tidur.
Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu rumahnya. Perlahan-lahan Lydia melangkah ke arah pintu dan membukanya.
"Haah?! Kamal?!"Lydia kaget.
"Assalamualaikum!"Kamal memberi salam sambil tersenyum.
"You buat apa datang sini hah? Kan dah malam! Tak tahu ke orang nak tidur? Sibuk jer!"
"Tak baik tau tak jawab salam,"Kamal masih tersenyum sumbing melihat Lydia yang marah-marah melihatnya.
"Waalaikumsalam...dan sekarang you boleh balik. Bye!"Lydia menjawab salam dengan cara terpaksa dan ingin menutup pintu semula tetapi Kamal segera menghalang.
Kamal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan memberikannya kepada Lydia.
"Panadol?"soal Lydia hairan apabila Kamal memberinya panadol.
"Ya. Mesti pening kan layan sikap I?"
"Oh Kamal!! Nasib baik you tahu. Okay, sekarang I nak tidur, you boleh balik!"Lydia menyindir Kamal.
"Eh, taknak ajak I masuk ke?"Kamal menyoal.
"Taknak!"jawab Lydia tegas dan terus menutup pintu sebelum Kamal sempat menghalangnya lagi.
Setelah mendapatkan segelas air, Lydia kembali ke dalam kamar tidurnya. Terdapat satu pesanan ringkas yang masuk di telefon bimbitnya.
'Besok, makan breakfast dengan I (:'
"Hish! Apa sajalah si gila ni!"rungut Lydia.
"Siapa pulak yang gila ni Cik Lydia oii?"soal Lisda.
"Takda apa-apalah!"
*****
Tepat jam 8 pagi, Kamal sudah datang menjemput Lydia untuk sarapan bersama. Mereka sarapan bersama di restoran Long John Silver.
"Kalau hari-hari I belanja you makan kat sini, boleh gemuk you ni,"gurau Kamal.
"I tak suruh pun you belanja makan kat sini."sindir Lydia.
"Eleh... Rezeki dah ada kat depan mata, nak pura-pura merajuk konon. Dahlah, makan cepat,"arah Kamal.
Lydia makan juga. Tiba-tiba, matanya terpanah pada seseorang yang sedang beratur untuk memesan makanan. Orang itu bersendirian. Otak Lydia memikir sama ada untuk menegur orang itu atau tidak. Akhirnya, dia pergi juga untuk menegur.
"Hello!"sapa Lydia.
"Eh, Hi. You pun nak breakfast ke?"soal Danish.
"I tengah breakfast dengan Kamal kat situ,"jawab Lydia sambil menudingkan jarinya ke tempat dia dan Kamal duduk, "Come and join us."
"Eh, tak ganggu ke? You kan dengan boyfriend."
"Tak apalah. Kamal tak kisah. Jom!"Lydia menarik lengan Danish agar mengikutnya.
Danish bersalaman dengan Kamal sebelum mengambil tempat di sebelah Lydia. Lydia perasan muka Kamal berubah setelah melihat Danish tetapi Lydia tidak ambil peduli.
"Eh Danish, you share dengan I lah roti ni. I makan satu jer dah cukup sebab roti dia tebal sangat,"pelawa Lydia.
"Eh, tak apa ke ni?"soal Danish , meminta kepastian.
"Betullah. Makan jer."
Kamal sudah menghabiskan makananya sementara Lydia dan Danish masih berkongsi makanan mereka yang belum selesai lagi.
"Errmmm, Danish, nanti I balik dengan you boleh? Kamal, dia ada kerja. Kan Kamal kan?"Lydia membuka mulut.
Kamal mengiakan sahaja walaupun hatinya terasa sakit. Lydia dihantar pulang oleh Danish. Ketika ingin pulang, Lydia tidak berkata apapun kepada Kamal. Dia berpaut pada lengan Danish dan terus meninggalkan Kamal.
Category:
0
comments