Cinta Dan Ego - Part 4.2


Lydia terjaga dari tidurnya. Matanya dipejamkan semula apabila terasa sakit di kepala seolah-olah mencengkam. Kemudian dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Ada beberapa wanita yang terbaring di atas katil. Tahulah dia bahawa dia berada di hospital.


Lydia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katil untuk melihat waktu. Pukul sepuluh malam. Patutlah tiada sesiapa yang berada di sebelahnya. Waktu melawat pesakit sudah tamat sekitar dua jam yang lalu.


Telefon bimbit Lydia berbunyi secara tiba-tiba membuatkan Lydia terkejut dan hampir mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai. Akibat terlalu kalut dengan deringan telefon bimbitnya yang boleh mengganggu pesakit lain, Lydia segera menekan butang merah untuk mematikan talian. 


Setelah itu, Lydia menekan butang 'silent'.Telefon Bimbit Lydia bergetar lagi. Ada pesanan ringkas yang masuk dari Kamal. 



"Esok I ambil u. Doctor kata, u dh boleh balik esok sebab tkda serious injury. Lgpun, I ada surprise utk u. Rest well. Nights! (:"




Lydia tidak membalas mesej Kamal. Dia terus melelapkan mata kerana kepalanya tiba-tiba dirasakan pusing. Lydia terus terlena hingga ke esok pagi.
Category: 0 comments